Gunakan 3 Bahan Ini Untuk Rawat Kaki Kebas & Tangan Cepat Lenguh

Gunakan 3 Bahan Ini Untuk Rawat Kaki Kebas & Tangan Cepat Lenguh| Percaya atau tidak bila usia kita dah masuk 40an, macam-macam penyakit dah mula menapak dalam badan. Kadang-kadang kita tak sedar ada masanya kaki kita kebas dan menyucuk-nyucuk bila bangun daripada duduk.

Kadang-kala kalau perlu makan bersila kita terpaksa mengelak sebab bila duduk lama kaki cepat kebas nak makan pun tak selesa kena beralih kaki banyak kali.

Itu tak termasuk saat kecemasan dalam bilik air. Kalau tiada tandas duduk alamatnya merintih lah masa nak bangun sebab kaki cepat kebas.

kaki kebas[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Begitu juga ketika tertidur tak sengaja anda mengiring ke kanan dan meletakkan tangan dibawah pipi setelah bangun tangan itu akan terasa kebas. Masalah kebas ini boleh terjadi dimana-mana bahagian badan kita bukan setakat masalah kaki kebas sahaja.

Namun selalu berlaku di bahagian tangan, jari dan kaki kebas. Kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaaannya disebabkan oleh irritasi saraf atau periperi terhimpit. Seperti penyakit lainnya, kebas ini menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka yang aktif dan bekerja setiap hari.

Penyebab Kaki Kebas & Tangan Cepat Lenguh

Rasa kebas ini terjadi kerana terdapat gangguan atau kerusakan pada saraf yang terlibat. Diantaranya penyebabnya iaitu:

  • Masalah urat saraf, Kecedaraan pada saraf akibat kemalangan ataupun terjatuh
  • Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap
  • Carpel tunnel syndrome (saraf median tertekan dikawasan pergelangan tangan), ini terjadi ketika saraf median (men-sarafi ibu jari, telunjuk, dan jari tengah) terjepit pada terowong dipergelangan tangan sehingga menjadi kebas
  • Kerosakan saraf akibat bahan bertoksik seperti budaya merokok dan meminum minuman beralkohol dengan masa yang telah lama
  • Kencing manis dengan gula darah tinggi yang tak terkontrol lama kelamaan akan menyebabkan kerusakan pada saraf perifer dan akan merasakan rasa kebas dan tangan terasa dingin.
  • Adanya gangguan penyakit hati, ginjal, adanya kerusakan pembuluh darah, keradangan, tumor, ketidakseimbamgan hormon, dan kanser.
  • Gaya hidup yang tak sihat dengan mengambil makanan yang tak seimbang dan jarang bersenam
  • Tubuh kekurangan vitamin. Vitamin e, b1, b6 dan b 12 dan niasin sangat penting untuk fungsi saraf yang sihat. Kekurangan b12 contohnya akan menyebabkan anemia pernisiosa. Merupakan penyebab penting dari neuropati perifer. Namun, terlalu banyak b6 juga akan menyebabkan kebas ditangan dan kaki.
  • Kekurangan darah, berat badan berlebihan, wanita menopouse, dan sesiapa sahaja yang kekurangan kasium.

Selain masalah kebas kaki dan tangan, masalah angin dalam badan usah cakaplah, selalu sangat badan rasa lenguh dan berat bila nak berjalan. Sesekali lutut pun ada rasa lenguh dan sakit-sakit. Puteri Aura Balqis yang berkongsi petua ini di facebooknya sangat berguna untuk kita cuba.

Kalau bukan untuk diri sendiri, buatkanlah untuk ibu anda di rumah. Bukan hanya atasi masalah angin dan kaki kebas dan tangan lenguh, malah cara ini juga memudahkan untuk buang air besar. Jom kita cuba petuanya.

Petua Menghilangkan Kebas Kaki Dan Tangan Lenguh

BAHAN-BAHAN:
  • Halba
  • Halia
  • Serai

Caranya mudah sahaja iaitu dengan merebus kesemua bahan ini hingga mendidih. Apabila mendidih, angkat dan campurkan dengan sedikit air asam jawa dan kacau. Amalkan minum air ini setiap malam, sebelum waktu untuk tidur.

Paling disarankan minum air rebusan ini ketika waktu panas atau sedikit suam. Esok paginya, badan akan jadi lebih segar selepas bangun pagi tiada lagi masalah kebas kaki dan tangan lenguh. Selamat mencuba

Foto: Puteri Aura Balqis

Jika anda suka dengan artikel cara hilangkan kaki kebas dan lenguh tangan ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − one =