12 Tip Berkesan Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang Bermula Seawal Semester

12 Tip Berkesan Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang Bermula Seawal Semester | Apabila menerima tawaran menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, mesti jiwa rasa berbunga-bunga. Kita akan temui kawan baru dan juga mengembara ke dunia baru dan mungkin juga di tempat yang asing buat kita.

Namun, bagi seorang pelajar yang terdidik dengan cemerlang niat untuk menyambung pelajaran bukan sekadar untuk berpisah jauh dari keluarga.

Pastinya sudah terpasang niat untuk menjadi pelajar cemerlang kalau tidak pada kesemua semester. Sekurang-kurangkan keputusan di akhir semester mesti mempunyai standard yang mampu membanggakan ibu bapa dan ahli keluarga.

Saya mempunyai beberapa panduan untuk menjadi pelajar cemerlang. Cuba ikuti langkah-langkah berikut:

Bertindak dari awal semester, kita telah mengetahui kalender akademik keseluruhan semester, jadi kita boleh merancang bila masa kuliah, peperiksaan, cuti, perayaan dan lain-lain. Oleh itu kita mengetahui bila masanya kita patut bersedia untuk menyiapkan tugasan, menghadapi peperiksaan dan membuat latihan amali. Ini membantu kita menjadi pelajar cemerlang apabila sentiasa bersedia.

Buat jadual harian bagi setiap jam tujuh hari seminggu. Masukkan semua subjek yang kita ambil termasuk luangkan masa untuk membuat kertas kerja atau latihan amali di luar waktu kelas. Ini untuk mengelakkan kita terlupa mengulang kaji mana-mana subjek dalam masa seminggu.

Rancang tugasan yang diberikan oleh pensyarah dari awal bagi setiap subjek, ini untuk mengelakkan kita membuat kerja di saat-saat akhir dan hasilnya kerja yang tidak memuaskan kerana pada minggu-minggu akhir mungkin akan banyak kelas tambahan dan beberapa ujian (kuiz) akan dijalankan. Merancang sebaik mungkin merupakan ciri-ciri penting untuk jadi pelajar cemerlang.

Membiasakan diri mencari bahan tambahan bagi kuliah yang diajar, dekatkan diri dengan perpustakaan, dan membiasakan diri mencari bahan tambahan di internet. Pahatkan dalam minda, kita belajar di universiti hanya diberi panduan bukan disuap sahaja semuanya.

Jangan tinggalkan solat (pelajar Muslim), mana-mana solat yang tertinggal secara tidak sengaja seperti solat subuh, qadha’ dengan segera, pahat dalam hati kita tidak tahu bila saat kematian kita, dibimbangi kita akan berhutang dengan Allah SWT. Kalau boleh bacalah Al-Quran setiap pagi sebelum membaca sesuatu yang lain, walaupun 2-3 ayat.

Jangan tidur selepas subuh, bersedia lebih awal untuk ke kelas. Jika kelas bermula lambat, pergilah mencari kelas kosong untuk membuat ulang kaji terlebih dahulu atau ke perpustakaan. Jangan hiasi waktu pagi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah (lagha) seperti melayari facebook, laman-laman web yang tidak bermanfaat dsb., yang akan merosakkan minda kita sepanjang hari itu.pelajar cemerlang

Bagi pelajar non-Muslim, berdoa/sembahyanglah waktu pagi, sekurang-kurangnya 10 minit luangkan waktu mengingati Tuhan. Juga jangan tidur pada waktu pagi, dan bersedia awal untuk ke kelas, lain-lain sama seperti no 5 di atas.

Jika boleh, ambillah masa 10-15 minit untuk tidur pada waktu tengah hari (sebelum zuhur) atau selepas zuhur, kerana ia boleh menyegarkan minda kita pada waktu awal malam. Ingat, bukan 2 jam ok.

Sebelum keluar bilik/rumah, semaklah barang-barang yang perlu dibawa ke kelas, supaya tidak tertinggal nota kuliah atau peralatan lain yang diperlukan semasa kuliah. Mana-mana barang yang tertinggal akan menjejaskan mood kita ketika menghadapi kuliah tersebut.

Mengambil sarapan pagi yang sesuai diperlukan untuk membolehkan kita belajar dengan selesa dan bertahan hingga waktu tengah hari. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Elakkan makan nasi lemak atau mana-mana makanan yang melebih 500 kalori. Atau anda boleh melihat jadual waktu anda dan mencari waktu sesuai untuk makan.

Cuma jangan masuk kuliah dalam keadaan kelaparan (atau terlalu kekenyangan), kerana ia boleh menjejaskan tumpuan anda, oleh itu rancanglah waktu dan bersedialah lebih awal. Jika berpuasa pastikan kita mengambil sahur yang secukupnya di waktu akhir.

Berikan tumpuan sepenuhnya sewaktu di dalam kelas, anggaplah ia adalah waktu-waktu yang sangat berharga dalam hidup kita, hargai pensyarah dengan menghayati kelasnya.

Jika menghadapi sebarang masalah dengan kuliah atau tugasan, selesaikan segera dengan pensyarah, jangan tangguhkan, sebarang penangguhan mungkin menyebabkan anda terlupa, atau kemudiannya berasa malas untuk bertanya.

Pakailah pakaian yang selesa ke kelas selain mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Pakaian yang tidak selesa seperti seluar terlalu ketat, atau tudung yang memaksa kita membetulkan beberapa kali, atau pakaian sendat, akan mengganggu tumpuan kita. Dalam kata lain, pakaian kita tidak menyebabkan kita berasa serba salah atau malu berada di depan kelas ketika membuat pembentangan atau tugasan lain.

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan gambaran yang jelas bagaimana untuk memastikan kita kekal menjadi pelajar cemerlang bukan sahaja di zaman sekolah menengah tetapi turut menjadi pelajar cemerlang semasa di pengajian tinggi.

Sumber:MaruwiahAhmat

Jika anda suka dengan artikel bagaimana menjadi pelajar cemerlang ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × three =