Apa Punca Kebas Pada Tangan? Yang Kerap Gunakan Komputer Perlu Tahu Untuk Elak Carpal Tunnel Syndrome

Apa Punca Kebas Pada Tangan? Yang Kerap Gunakan Komputer Perlu Tahu Untuk Elak Carpal Tunnel Syndrome | Kita akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking.

Biasanya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan masa bangun dari tidur.

Kalau rasa kebas pada tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas tetap terasa juga.

Pesakit biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya lepas kita guna tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat.

Rasa kebas tangan ni boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh.

kebas pada tanganPunca Kebas Pada Tangan

  1. Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip.
  2. Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.
  3. Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair badan wanita hamil.
  4. Pergelangan tangan kita pernah cedera.
  5. Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah?
  6. Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Bila terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah puncanya rasa kebas di tangan.
  7. Kekurangan vitamin B12 dalam badan kita.

Ini antara punca-punca berlakunya rasa kebas pada tangan, tapak kaki, lengan atas dan bahagian kaki.

Rawatan Kebas Pada Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)

  • Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan.
  • Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik.
  • Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit.
  • Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu.
  • Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini.

kebas pada tanganTANGAN RASA KEBAS

Tidur yang lena dikejutkan dengan rasa sakit bak ditusuk jarum di jari dan pergelangan tangan. Berulang kali tangan dan jari diusap atau disapu minyak panas bagi menghilangkan kebas pada tangan, namun sakitnya seakan-akan tiada tanda berkurangan.

Bagaimanapun, keadaan itu bukan berterusan sakitnya dan hanya hilang selepas beberapa minit. Selang beberapa jam, rasa sakit itu kembali menyebabkan tangan mulai kebas lalu sukar menggenggam atau memegang barangan.

Urut dengan pelbagai cara pun, kebas pada tangan masih tidak hilang, malah makin berlanjutan hingga terpaksa dibawa untuk rawatan doktor. Kebas pada jari dan sekitar tangan adalah perkara biasa yang boleh berlaku terutama ketika cuaca sejuk atau posisi tangan tidak betul ketika tidur.

Kebiasannya ia berlaku seketika dan pulih secara sendiri namun, ia juga boleh disebabkan pelbagai masalah kesihatan lain jika simptom berterusan. Cetusan rasa kebas pada tangan itu digambarkan seperti tusukan jarum pada hujung jari. Lama-kelamaan cetusan rasa kebas itu menjadi sakit dan tidak selesa.

Antara masalah kesihatan yang dikenal pasti ialah sindrom Terowong Carpal atau lebih dikenali Carpal Tunnel Syndrome (CTS). CTS ialah penyakit berkaitan saraf dan apabila saraf terganggu atau tidak berada dalam keadaan sewajarnya tangan khususnya pergelangan dan jari berasa kebas serta tidak selesa.

Terletak di bahagian nadi pada pergelangan tangan manusia, ada bahagian yang membentuk seolah-olah terowong atau lebih dikenali sebagai Terowong Carpal.

Di dalam terowong ini, banyak beberapa tisu penting yang melaluinya termasuk saraf. Dalam keadaan tertentu, saraf ini akan terhimpit menyebabkan kebas terutama pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis.

Kawasan itu yang dikawal saraf di dalam terowong terbabit. Kesakitan akan berlaku disebabkan kawasan terowong yang menjadi sempit berikutan tisu sekeliling mengembang lalu menghimpit saraf berkenaan. Ia juga boleh berlaku pada kedua-dua tangan dan bukan hanya pada tangan yang dominan.

Masalah obesiti, diabetes, penyakit artritis, mereka yang pernah mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan wanita hamil adalah antara peratus golongan tertinggi mengalami CTS ini.

Lazimnya CTS ini berlaku dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai masalah berat badan. Ini disebabkan faktor usia dan pertambahan lemak menyebabkan saraf pada terowong itu menjadi sempit.

Begitu juga mereka yang kerap menggunakan pergelangan tangan ketika bekerja seperti atlet sukan raket dan golongan pekerja yang menggunakan mesin jenis bergetar setiap hari.

Peratusan wanita yang mengalami masalah kebas pada tangan pula tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki. Ia berlaku kerana pergelangan tangan wanita lebih kecil tetapi saiz terowong yang sama seperti lelaki membuatkan saraf di bahagian terbabit cenderung untuk terhimpit,” katanya.

Namun sejak kebelakangan ini makin ramai golongan muda seawal usia 20-an mengalami CTS kerana terlalu lama menaip mahupun melayari Internet di komputer. Begitu juga yang sentiasa menggunakan gajet seperti tablet dan telefon pintar. Bagi mengurangkan simptom atau rasa sakit yang dialami, disarankan pengambilan vitamin seperti B6 dan B12.

Pemeriksaan daripada simptom dan ujian fizikal dapat mengenal pasti tahap serius CTS pada seseorang pesakit. Ujian elektrofisiologi antara cara yang boleh dijalankan untuk mengesahkannya.

Untuk jenis CTS yang ringan dan tidak serius, pesakit disarankan mengambil vitamin terutama B6 dan B12. Tetapi jika ia berlarutan, rawatan lain akan diberikan seperti suntikan steroid setempat bagi melegakan kesakitan. Namun jika rawatan itu tidak berkesan, pembedahan kecil pada pergelangan tangan akan dilakukan.

Pembedahan ini biasanya mengambil masa pendek dan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu untuk sembuh. Langkah berkenaan dilakukan bagi membesarkan laluan saraf, selain pengambilan vitamin yang membantu peredaran darah lalu mengurangkan rasa sakit, kebas atau tidak selesa pada tangan.

Pada masa sama, pesakit disarankan untuk mengurangkan penggunaan peralatan elektronik dalam tempoh lama. Ini membolehkan pergelangan tangan berehat daripada terlalu banyak melakukan bebanan.

Sebaiknya rehatkan tangan selepas 15 minit menaip atau menggunakan komputer. Jika terpaksa menggunakan komputer pada tempoh lama untuk menyiapkan tugasan, kerap lakukan senaman regangan pada pergelangan tangan yang hanya mengambil masa kurang seminit.

Caranya, luruskan tangan di depan dada pada laras 90 darjah. Tegakkan tapak tangan. Gunakan tangan kiri untuk menolak tapak tangan kanan ke belakang. Tahan selama 15 saat.

Ulang perkara sama pada tangan kiri. Seterusnya, rapatkan kedua-dua tapak tangan di dada. Tekan lembut kedua-duanya dan tahan antara 15 ke 20 saat. Juga disarankan menggunakan pelapik yang boleh digunakan ketika menaip di komputer bagi mengurangkan bebanan dan rasa tidak selesa pada pergelangan tangan. Bagi golongan berisiko, digalakkan menggunakan sokongan pada tangan ketika tidur untuk mengelakkan tangan terlipat.

Jika anda suka dengan artikel kebas pada tangan ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen − 6 =