Yang Nak Kurangkan Masalah Resdung, Wanita Ini Kongsi Suplemen Terbaik Anda Boleh Cuba!

Pengambilan vitamin atau suplemen adalah bertujuan untuk menambah nutrien yang kurang didalam badan. Ramai diantara kita yang mengambil suplemen sebagai salah satu alternatif untuk membantu mengurangkan masalah kesihatan.

Bagi individu yang mempunyai masalah resdung, seorang pengguna di laman Facebook yang dikenali sebagai Fad Feline Family telah berkongsi satu produk yang digunakan untuk mengurangkan simptom resdung kerana sebelum ini, hari-hari dia mengalami selesema yang teruk dan kerap bersin.

Individu itu cuba mencari penyelesaian dan sehinggalah dia terbaca tentang Horseradish, selepas menggunakannya, paling kerap pun kena selesema seminggu sekali atau dua bulan sekali. Memang terbaik.

Supplemen Untuk Masalah Resdung

masalah resdung

Horseradish + garlic mengandungi gabungan herba yang secara tradisionalnya digunakan untuk melegakan kesesakan hidung. Ia sesuai untuk individu yang mengalami alergik dan kesesakan saluran pernafasan.

Suplemen ini memiliki kebaikan untuk membersihkan saluran pernafasan. Bawang putih secara tradisionalnya telah digunakan untuk melegakan hidung tersumbat antara gejala masalah resdung yang ramai alami setiap hari.

Sehari makan sebiji sahaja pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Korang boleh dapatkan produk ini di farmasi. Pilih sahaja mana-mana jenama yang korang suka, asalkan cari horseradish + garlic.

Dengan mengambil suplemen ini bukanlah bermakna penyakit atau masalah resdung korang boleh terus sembuh atau hilang. Tapi, mungkin ini cara untuk pesakit resdung berikhtiar kerana hanya mereka yang mengalami gelaja sinus ini sahaja faham betapa ‘seksanya’ jika setiap hari asyik nak terbersin saja.

Apa-apa pun, korang yang ada masalah resdung juga boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Suplemen ini hanyalah sekadar inisiatif yang boleh diambil.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × two =