Inilah 6 Makanan Penganti Nasi & Rendah Jumlah Kalori, Buat Korang Yang Tengah Diet!

Inilah 6 Makanan Penganti Nasi & Rendah Jumlah Kalori, Buat Korang Yang Tengah Diet! | Sedia maklum, nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ia bukan saja mudah untuk didapati malah sesuai dimakan dengan apa jenis masakan. Makanlah dengan lauk apa sekalipun, pasti akan tetap berselera!

Namun, kalau diperhatikan kini sesetengah masyarakat Malaysia juga cuba mengelak daripada memakan nasi kerana dikatakan mengandungi kalori yang tinggi. Selain itu, pengambilan nasi yang banyak juga boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan penyakit serius seperti diabetes.

Dah tu macam mana pula kita nak diet kalau tak makan nasi ni? Ini 6 makanan penganti nasi yang korang boleh masukan dalam menu diet harian.

Mi Soba

Makanan ini popular di kalangan masyarakat Jepun, mi soba selalunya dimakan dengan light soy dipping sauce dan hanya sayuran segar sahaja.Patut la orang Jepun sihat-sihat kerana jadikan mi soba ini makanan penganti nasi!

Mengandungi indeks glisemik yang rendah dan sesuai untuk mereka yang menjaga bacaan gula dalam darah kerana ia diperbuat diperbuat daripada tepung gandum dan buckwheat.

Mi soba dapat menurunkan jumlah kolestrol dan berfungsi dalam mengurangkan penyerapan kolestrol yang berlaku dalam usus. Jadi mungkin boleh ambil mi soba berbanding spaghetti nanti.

Brokoli

Penulis selalu melihat orang yang tengah diet menjadikan brokoli ini sebagai makanan penganti nasi. Kalau korang nak tahu sayur ini boleh jadi salah satu alternatif yang terbaik penganti nasi.

Mempunyai kandungan yang hampir sama dengan nasi kobis bunga, iaitu setengah cawan brokoli mengandungi hampir 15 kalori dan 2 gram serat. Selain mengandungi Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan kuat dalam membantu mencegah kerosakan sel dalam badan dan tingkatkan kesihatan imun.

Quinoa

makanan penganti nasiMakanan ini mungkin agak asing di kalangan masyarakat kita. Namun, Quinoa yang disebut sebagai “keen-wah”, mempunyai rasa dan tekstur seperti biji-bijian yang bebas daripada gluten dan mempunyai kandungan protein, zat besi dan serat yang sangat tinggi.

Menjadi sumber protein yang lengkap, ini membawa maksud quinoa mengandungi 9 amino acid penting yang diperlukan oleh badan kamu. Dan dalam pada masa yang sama, ia menjadi makanan yang sangat bagus untuk vegetarian.

Ubi Keledek

Pengganti nasi yang terbaik. Ubi keledek sangat popular dalam kalangan rakyat Jepun dan mereka yang tengah diet. Makanan ini dapat membantu dalam mengatasi masalah lapar, craving terhadap gula.

Ubi keledek ini bukan sahaja manis secara semula jadi, malah ia mengandungi serat yang tinggi dan karbohidrat kompleks yang berfungsi dalam menstabilkan gula dalam darah kamu.

Menjadi rahsia kepada umur yang panjang, ubi keledek ini dapat meningkatkan kekebalan diri seorang individu dengan kandungan Vitamin C dan Vitamin A yang kaya dengan kandungan beta-carotene.

Kobis Bunga

Dijadikan sebagai nasi kobis bunga, kamu boleh menghancurkan sayuran ini dalam food processor untuk dijadikan sebagai makanan penganti nasi. Ini kerana kobis bunga boleh menjadi alternatif makanan penganti nasi yang rendah karbohidrat dan kalori.

Untuk satu hidangan nasi kobis bunga, kamu akan memperolehi jumlah Vitamin C yang mencukupi untuk sepanjang hari. Dalam pada masa yang sama, kobis bunga ini juga mengandungi Vitamin K yang mencegah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

Jika mengikut diet keto, nasi kobis bunga ini boleh menjadi pengganti nasi putih yang paling sesuai.

Roti Gandum

Selalunya roti gandum adalah 100% lebih sihat berbanding dengan roti putih. Ini kerana roti gandum mempunyai kandungan serat yang tinggi, nilai pemakanan yang tinggi dan kandungan kalori yang rendah.

Walaupun kamu ingin mengambil roti gandum dalam diet harian, kamu perlu berhati-hati dalam jumlah pemakanannya. Kalau kamu mahu tahu, dua keping roti gandum mempunyai nilai kalori yang sama dengan setengah cawan nasi putih.

Jadi moga info ini bermanfaat kepada korang diluar sana yang sedang berdiet. Selain rendah dalam jumlah kalori, makanan-makanan ini sesuai buat diet dan menggantikan nasi dalam diet harian.

Sumber : healthline.com

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × four =