Wang Simpanan Dalam Bank Pun Wajib Zakat, Begini Cara Kiraannya

Wang Simpanan Dalam Bank Pun Wajib Zakat, Begini Cara Kiraannya | Hujung tahun ini ramai yang berkira-kira dengan dividen dalam simpanan yang bakal diperolehi. Seronok mengira jika wang simpanan dah banyak, ditambah pula dengan dividen yang akan diterima.

Tapi dalam Islam dalam hak kita ada hak orang lain. Ramai yang tak sedar bahawa wang simpanan dalam bank kita pun diwajibkan membayar zakat sekiranya cukup haul atau syaratnya.

Macam mana nak kira zakat wang simpanan? Kita rujuk perkongsian daripada Lembaga Zakat Selangor ini.

Kalau simpanan RM20k

Puan: Ustaz, wang simpanan saya ada RM20,000. Adakah saya kena zakat?

Ustaz: Ya kena zakat puan. Baki akhir wang simpanan puan telah melebihi nisab. Nisab semasa di Selangor adalah RM13, 950. Zakat yang wajib puan tunaikan ialah RM500 sahaja puan.

Manfaat berzakat ini sangat hebat puan, selain puan dapat bersama membantu asnaf fakir, miskin, muallaf, amil dan golongan asnaf yang lain, dengan berzakat juga akan dimurahkan lagi rezeki puan, dibersihkan harta puan dan diberkati lagi diri dan harta puan.

Puan: Baik, ustaz. Terima kasih atas penjelasan. Saya simpan ya nota kiraan ustaz ini.

Ustaz: Silakan puan, segera tunaikan zakat ya puan. Puan boleh datang ke cawangan Zakat Selangor berhampiran atau tunaikan sahaja secara online di www.zakatselangor.com.my.

Kaedah Kiraan Wang Simpanan Zakat

wang simpanan1. Simpanan Tetap

Apabila sesuatu wang simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

2. Simpanan Biasa

Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.

3. Simpanan Dalam Satu Akaun

Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

4.Simpanan Dalam Beberapa Akaun

Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun wang simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.

Contoh:
Jika akaun A baki terakhir 3,000 tidak dikenakan zakat sebab bawah paras nisab RM 13,950 tapi bila dicampur akaun B ada RM 5000 akaun C Ada RM 8,000 total ada RM 16,000 maka zakat yg wajib ditunaikan adalah RM 16,000 x 2.5%=RM 400

Kaedah yang salah kalau kita buat RM 16,000-RM13,950=RM 2050X2.5%=51.25

Kaedah kiraan untuk ASB

wang simpananPengiraan zakat ke atas pelaburan ASB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, sesuai dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2019.

Oleh itu, sila ambil pokok pelaburan di akhir tahun dan dicampurkan dengan pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) semasa, *72% bagi dividen tahun 2019 (rujuk jumlah peratusan terkini yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa).

Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

Contoh : Pokok + (pendapatan x *72% ) = ….. x2.5% = Zakat
*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa

INFO: Ini adalah kaedah kiraan zakat untuk negeri Selangor

BACA JUGA :: Inilah 14 Pemikiran Songsang Dalam Pengurusan Kewangan Peribadi Yang Anda Patut Tahu

You might also like
4 Comments
  1. […] anda tidak akan menderita di tengah bulan hingga tidak mempunyai baki simpanan dan menjerat diri membuat pinjaman yang tidak sepatutnya anda […]

  2. […] salinan laporan polis. Dalam usaha untuk mendapatkan wang anda semula, anda boleh ke cawangan bank berdekatan serta berhubung dengan pegawai untuk bantu mendapatkan kembali wang […]

  3. […] Kasih Kepada Pembayar Zakat Anda Hero Kami, RM153.24 Juta Zakat Diagih Bantu Asnaf Sepanjang PKP. | Sebanyak RM153.24 juta […]

  4. […] BACA: Wang Simpanan Dalam Bank Pun Wajib Zakat, Begini Cara Kiraannya […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.