Inilah 14 Pemikiran Songsang Dalam Pengurusan Kewangan Peribadi Yang Anda Patut Tahu

Inilah 14 Pemikiran Songsang Dalam Pengurusan Kewangan Peribadi Yang Anda Patut Tahu | Berikut adalah pemikiran songang dalam pengurusan kewangan berdasarkan pemerhatian aku:

1. Pendapatan tolak belanja bakinya baru kau nak simpan walhal sepatutnya pendapatan tolak simpanan barulah bakinya dibuat belanja.

2. Kau rasa perlu beli motosikal atau kereta sedangkan apa yang kau perlukan hanyalah pengangkutan untuk bergerak dari lokasi A kepada lokasi B dan pengangkutan tidak semestinya di beli atau perlu berhutang untuk membelinya.

3. Kau rasa menyewa itu membazir dan membeli rumah untuk tinggal sendiri itu bijak tapi kau lupa yang kau perlu membayar beban ansuran bulanannya yang mungkin lebih tinggi dari kadar sewaan dan perbezaan antara keduanya boleh digunakan untuk memiliki harta.

Pengurusan Kewangan

4. Kau bertungkus lumus dalam pengurusan kewangan untuk menyimpan untuk pendidikan anak-anak di peringkat tinggi sedangkan kau sendiri pun tak tahu adakah anak-anak kau layak untuk belajar lebih tinggi dan pada masa yang sama ada banyak lagi pilihan lain untuk membiayai pendidikan anak-anak.

5. Kau renovate rumah kau gila-gila kerana kau fikir wang tersebut akan meningkatkan nilai rumah kau pada waktu yang sama dapat enjoy hasil ‘renovation’ tersebut tapi realitinya kenaikan nilai rumah bukan terletak pada ‘renovasi’ rumah tersebut tetapi pada kaki persegi yang boleh digunakan dan enjoy hasil “renovasi” hanyalah satu ilusi.

6. Kau fikir lebih baik beli kereta mahal yang mampu dari beli rumah yang tak mampu tapi sebenarnya itu semua alasan kau untuk menunjuk kereta kau walhal ada banyak je rumah mampu milik yang boleh di beli.

7. Bayar beberapa ribu ringgit untuk beli buku, pergi seminar dan jumpa mereka yang pakar dalam bidang kewangan untuk belajar pengurusan kewangan kau kata mahal dan buang duit tapi berhutang berpuluh tahun dan bayar bunga puluhan malah ratusan ribu kau tak rasa buang duit dan membazir?

8. Kau kata kos mengendalikan kereta terpakai tinggi dan membazir , selalu rosak dan sebagainya sebab tu kau tak guna kereta terpakai tapi susut harga kereta baru hampir setengah dari harga kereta yang kau beli dan faedah beribu-ribu dari hutang yang kau bayar kau tak kira sebagai membazir dan rugi pulak.

9. Kau kata membantu ibu bapa dan sahabat handai itu satu amal untuk mendapatkan pahala dan keberkatan tapi cara kau membantu sampai membakar diri sendiri tu yang bodo , membantu tak salah malah digalakkan tapi cara kau bantu yang salah.

10. Kau lebih percayakan janji-janji manis seorang scammer hanya kerana dia tunjuk dan pujuk kau dengan wang yang banyak dan kereta mewah yang belum tentu kepunyaannya dan kau sanggup bagi wang kau pada mereka kerana membeli mimpi yang dijual kepada kau tapi kau tak percaya dengan cara menyimpan dan melabur yang lebih selamat dan mudah kerana kau seorang yang tamak.

11. Kau buat ‘wedding of the year’ mungkin kerana kehendak sendiri mahupun kehendak orang lain tapi kau sebenarnya tak mampu dan sanggup meminjam untuk satu urusan yang bakal dilupakan oleh orang lain tapi kau pujuk hati kau dan kata “takpalah , sekali seumur hidup” tapi kau sendiri tak tahu berapa lama jodoh kau dan untuk urusan beberapa hari tu kau sanggup menjadi hamba bank selama bertahun-tahun lamanya hinggakan kau tak mampu untuk bagi kehidupan yang lebih baik untuk anak isteri kau dan akhirnya terpaksa bercerai berai kerana satu keputusan bodo ‘wedding of the year’ yang kau buat beberapa tahun sebelumnya.

BACA: Kita Bakal Berdepan Krisis Kewangan, Simpan Cash Sebanyak Yang Boleh!

12. Kau rasa pendapatan kau tak cukup sebab kau tak boleh beli dan belanja apa yang kau nak walhal rezeki kau dah tertulis bukan kerana pendapatan kau tak cukup tapi syukur kau yang kurang, lebihan adalah untuk disedekah, disimpan dan dilabur bukan untuk memuaskan nafsu kerana nafsu tidak pernah puas.

13. Selama ini kau ingat wang akan dapat menyelesaikan semua masalah kau walhal masalah kau tiada kena mengena dengan wang kerana wang hanyalah satu kenderaan untuk sampai ke satu-satu destinasi, wang bukanlah destinasi. Kau kerja macam nak gila mengejar wang sedangkan wang tidak perlu di kejar, ia akan datang sendiri kalau dipanggil dengan cara yang betul dan betul pengurusan kewangan.

14. Kau ingat apabila kau buat dan ambil tindakan sama seperti kebanyakan orang lain kau akan dapat hasil yang berbeza, kau bukan dapat hasil yang berbeza, kau akan dapat hasil yang sama seperti orang lain termasuklah, sama tekanan, sama sengkek, sama tak ada simpanan, sama banyak hutang, sama tak ada harta dan sama susah. Untuk mendapatkan hasil yang berbeza dalam pengurusan kewangan, kau kena berani untuk berfikir dan ambil tindakan yang berbeza dari kebanyakan orang lain.

Sumber

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nine + twenty =