Dividen ASB 5.50% Je. Keliru Nak Teruskan Atau Tak. Ni Antara Cadangannya!

Pastinya buat kita semua menanti selama ini dengan debar di dada tentang berapakah dividen ASB yang bakal diperoleh pada tahun ini.

Berikutan pengumuman dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari iní mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31Disember tahun ini.

Dalam pengumumannya Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata ia membabitkan pengagihan berjumlah RM9.00 bilion. Beliau turut memaklumkan jumlah pemegang unit ASB kini mencecah 10 juta orang.

Pun begitu, tidak dinafikan dividen ASB tahun ini adalah paling terendah yang pernah kita perolehi. Pastinya hal ini kecoh diperkatakan, dan Nur Aliah turut terpanggil untuk berkongsi info dengan warga net. Jom semak perkongsiannya.

Dividen ASB 2019 Pulangan Paling Terendah Dalam Sejarah Iaitu 5.50% Je!

Fuh! Kecoh hari ini dekat semua platform social media pasal dividen ASB ini. Siap jadi trending lagi.

Tenang anak-anak muda. Setiap orang situasinya berbeza-beza. Cek dulu adakah #ASBF yang korang buat itu patut teruskan atau surrender?

Sini Lia Kongsikan 3 Tips Mudah Untuk Bantu Korang Buat Keputusan Untuk ASBF

1. Dividen Roll Next Year

Bagi yang guna teknik rolling, buat kira-kira cukup tak untuk rolling duit tahun depan? Contoh ambil ASBF 100K, dividen 5.5%, dividen RM5,500. Kalau yearly lagi banyak daripada RM5,500, maksudnya kita dah kena keluarkan duit sendiri. Then you can consider to surrender.

Rujuk kiraan di bawah ini :

RM200k = dividen RM11000
RM150k = dividen RM8250
RM100k = dividen RM5500
RM50k = dividen RM2750

2. Financing Rate

Rate yang tentukan berapa kita kena bayar semula kepada bank. Lagi rendah FR, lagi bagus. Now check berapa rate for your ASBF. Lepas itu compare dengan rate sekarang. Ada rate yang serendah 4.85%. Jadi, lagi rendah rate, bayar bulanan akan jadi sikit, lagi banyak untung boleh dapat. (Lower rate, lower monthly and more profit).

3. Tenure

Maksudnya tempoh pinjaman yang kita buat dengan bank. Lagi lama kita buat, lagi rendah bulanan. Biasanya orang ambil tempoh maksimum 30 tahun. Jadi untuk anak anak muda yang bawah 30 tahun ini untung sebab mereka boleh apply for 30 years. Jadi. Please cek 3 tips mudah ini sebelum buat apa-apa keputusan untuk ASBF ni. Sebab setiap orang situasinya berbeza-beza.

Kalau dividen ASB sikit, boleh stop. Kalau rate tinggi, boleh stop. Kalau tenure years pendek, boleh stop. Solusinya adalah apply yang baru dengan dapatkan rate yang lebih rendah dan tenure years yang lagi panjang. InshaAllah boleh dapat dividen yang banyak.

Kena ingat ini gais, bila kita start to invest, rugi itu pasti, untung itu belum tentu lagi. Tapi korang kena ingat, asbab apply ASBF ini la kita sekarang ini jadi lebih :

Force saving. Iaitu menjadikan kita orang yang berdisiplin menyimpan bulanan. Since buat ASBF ni Alhamdulillah duit simpanan kita terjaga sikit dari tak terjaga dan tak tersimpan langsung.

Bijak menguruskan kewangan. Rasa tak cukup simpan dekat ASB je, otak kita start fikir untuk diversify simpanan ke tempat lain. Dah jadi makin seronok menyimpan duit ni. Belajar dan faham investment pasti ada high and low risk . Kita lebih belajar dan faham yang pelaburan ini memang ada turun naik.

Faham tujuan kumpul duit. Tahu tak, ada yang dah guna pon duit ASBF ini untuk belanja kos kahwin mereka, bayar deposit rumah, bayar deposit kereta dan sebagainya. Ianya masih relevan dan menguntungkan jika faham 3 tips di atas.

Bermatlamat. Bila kita ada matlamat yang jelas, gameplan yang bagus, kita tak perlu risau walau dividen tahun ini rendah. Sebab matlamat kita untuk untung masih untung.

Kawan-kawan.

Kita kena terima dividen ASB 5.50%. Kita juga kena terima hakikat pelaburan ada naik dan ada turun. Tapi, tahu tak, kadang-kadang ia turun sedikit je untuk bagi lonjakan yang lebih tinggi akan datang! InshaAllah. Jadi janganlah sebab dividen ASB “5.50“ ini kita dah terus nak terminate menyimpan di ASBF, then kita salahkan pihak sana pihak sini.

Rilek-rilek saja brothers and sisters. InshaAllah setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Yakin pada Allah. Dapat sesuatu?

sumber : Nur Aliah Mohd Nor

Jika anda suka dengan artikel berkaitan dividen ASB ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

six − three =