Doktor Kongsi Tip Puasa Untuk Pesakit Gastrik, “Lambatkan Bersahur”

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Di bulan Ramadhan ini, mungkin ada yang risau sakit gastrik berpuasa akan memberikan kesan.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Doktor Nimelesh, melalui Twitter miliknya berkongsi ilmu bermanfaat, khusus buat pesakit gastrik.

gastrik

SAKIT GASTRIK SEMASA PUASA.

Ramai yang bertanya kepada saya camne nak elak sakit gastrik semasa puasa. Gastritis adalah radang pada dinding perut, manakala PUD ni adalah ulcer di saluran gastrousus (perut-usus).

Dua dua penyakit ni mempunyai punca yang sama:

  • penggunaan ubat tahan sakit NSAID yang kerap seperti ibuprofen, aspirin
  • Trigger oleh makanan pedas, rokok, alcohol, ubat steroid (diambil untuk tempoh lama)
  • Stress
  • Jangkitan kuman H.pylori

Untuk yang ada masalah Gastrik, ANDA TAK BOLEH TINGGALKAN SAHUR. Memang ada umat yang boleh tidur sampai tertinggal sahur. Dan ini adalah tidak patut.

“Barangsiapa yang mau berpuasa hendaklah sahur dengan sesuatu.” (HR Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Abu Ya’la, Al Bazzar).

“Berkah itu ada pada tiga perkara, Al-Jama’ah, Ats-Tsarid, dan makan sahur.” (HR Thabrani, Abu Nu’aim).

Untuk pesakit gastrik, amat penting untuk anda makan sikit masa berbuka. Bukan satu meja penuh.

Sebaliknya makan kurna, minum air dan makanan sikit dulu. Pergi solat maghrib dan baru makan makanan utama sebelum solat tarawih.

Gunalah bulan ni untuk cuba berhenti rokok bagi sesiapa yang merokok. Elakkan kopi/ minuman berkafein dan juga makanan pedas.

BACA: 8 Makanan Bantu Anda Untuk Berhenti Merokok Di Bulan Ramadhan Ini

Ramai yang bertanya tentang susu. Kajian menunjukkan walaupun susu boleh kurangkan sakit buat sementara waktu (temporary buffer) , tapi ia boleh meningkatkan asid perut yang menyebabkan sakit lagi teruk lepas itu.

Minum banyak air masak. Nak ambil jus, elakkan yang ber”citrus” macam oren. Selepas solat tarawih, kurangkan makan sangat, biar perut rehat. sebab itu kena kurangkan tradisi “moreh”.

Sahur selambat yang mungkin.

Dan ada beberapa pesakit yang memerlukan ubat seperti MMT, Omeprazole dan sebagainya. Jadi tolong berbincang dengan doktor anda.

Sekiranya anda mempunyai sakit perut yang kuat, muntah banyak, muntah berdarah, berak hitam – tolong dapat rawatan dengan segera

Sumber: Nimelesh [/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 + 7 =