AEON Credit Lanjutkan Penangguhan Pembayaran Sebulan Lagi, Kecuali Bagi Pinjaman Kad Kredit

Berikutan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), AEON Credit Service (M) Berhad akan memberi penangguhan bayaran sehingga hujung Mei hadapan.

Penangguhan dari 1 Mei sehingga 31 Mei itu merupakan tambahan kepada penangguhan pembayaran sedia ada yang diumumkan sebelum ini.

Berita ini telah dikongsikan di laman rasmi Facebook syarikat berkenaan pada petang tadi.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

aeon credit

Merujuk kepada pengumuman perpanjangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan pada 23 April 2020, AEON Credit Service (M) Berhad akan meneruskan penangguhan pembayaran selama satu bulan lagi (1 Mei hingga 31 Mei 2020) khas kepada para pelanggan bagi pelbagai produk pinjaman kecuali kad kredit yang telahpun diaktifkan untuk semua pelanggan pada 1 April 2020.

Kami akan terus membantu meringankan beban kewangan para pelanggan kami yang kebanyakannya terkesan oleh wabak Covid-19 ini.

Perkhidmatan AEON Credit juga akan menyediakan Program Bantuan Pembiayaan alternatif untuk pelanggan pinjaman dan kad kredit yang telah terjejas sepanjang tempoh pandemik ini.

Maklumat terperinci mengenai perkara ini boleh didapati di Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuatnaik di laman web.

Pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk melakukan pembayaran kerana kekangan kewangan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 disarankan untuk menghubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui e-mel di [email protected].

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda dan sedia membantu anda dalam tempoh yang mencabar ini.

Sumber: AEON Credit Service (M) Berhad

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

15 − 8 =