8 Makanan Bantu Anda Yang Mahu Berhenti Merokok Pada Ramadan Kali Ini

Antara top 10 azam Ramadan yang sering gagal setiap kali Ramadan, “puasa tahun ni aku nak berhenti merokok”. Khas kepada perokok, pernah tak anda berazam untuk berhenti merokok setiap kali tibanya bulan Ramadan, dan azam tadi hanyalah sekadar azam yang tinggal kenangan.

Tidak dinafikan, ketagihan kepada rokok memang susah dikawal meskipun kesan buruk akibat merokok itu secara lumrahya sudah diketahui termasuk perokok itu sendiri.

Mari kita lihat beberapa makanan yang mungkin dapat membantu anda berhenti merokok.

1. Susu

Kajian telah membuktikan bahawa mengambilan susu sebelum merokok dapat membantutkan selera merokok anda. Selain daripada itu, mereka yang ketagih kepada nikotin juga boleh cuba mengambil produk tenusu yang lain seperti keju atau yogurt.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BACA: Pegawai Farmasi Ni Kongsi Jenis Ubat Untuk Berhenti Merokok

2. Halia

Aroma dari halia ini dapat membantu anda mengurangi keinginan merokok. Cara paling mudah, masukan hirisan halia ke dalam secawan teh dan minum. Ini akan membantu anda melawan selera merokok anda.

3. Kayu Manis

Kayu manis juga dapat membantu menghilangkan selera merokok. Potong kayu manis menjadi kepingan kecil dan kunyah setiap kali anda rasa mahu merokok.

berhenti merokok

4. Vitamin C

Menghisap rokok boleh menghilangkan vitamin c dalam badan, oleh itu sebaiknya anda mengambil makanan yang kaya dengan sumber vitamin c untuk menghilangkan ketagihan merokok. Contohnya seperti lemon, oren, jambu batu atau strawberi.

5. Gula-gula getah

Menguyah gula-gula getah merupakan salah satu kaedah untuk memerangi keinganan merokok. Selain daripada itu, jauhkan juga kafein, alkohol dan daging merah jika anda mahu berhenti merokok.

6. Madu

Madu juga dapat membantu anda berhenti merokok secara alami. Vitamin dan protein yang ada dalam madu boleh membantu menghilangkan ketagihan merokok.

7. Air Mineral

Ubat paling mudah untuk mengelak keinginan merokok anda ialah minum air dengan banyak. Jadikan minum air mineral sebagai amalan. Bukan sahaja dapat mengurangkan keinginan merokok, malah baik untuk kesihatan.

berhenti merokok

8. Lobak Merah

Minum jus lobak merah dicampur sedikit madu 2 kali sehari juga dapat membantu anda mengurangkan keinginan untuk merokok. Selain daripada itu, jus lobak merah ini baik untuk mata dan kesihatan jantung.

Info tambahan: Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut pada 31 Mei setiap tahun ini dicetus oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) sejak tahun 1987 lagi. Perayaan ini menyeru semua perokok di seluruh dunia untuk berpuasa daripada merokok selama 24 jam disamping menyedarkan kesan bahaya akibat merokok.

SUMBER: BLODSKY

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 − two =