Suplemen Untuk Tambah Ketinggian? Betul Ke Boleh Tinggi Lagi. Baca Penjelasan Doktor Ni

Pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa sekali lagi menjadi bahan bualan Netizen apabila mempromosikan satu produk suplemen untuk menambah ketinggian di Instagram.

Informasi mengenai produk itu dimuat naik ke akaun instagram Neelofa baru-baru ini. Mungkin kerana ia mendapat kritikan, posting itu tidak lagi kelihatan di Instagram Neelofa.

Bagaimanapun screen shot tentang posting tersebut telah banyak dikongsi di media sosial dan mendapat respon netizen.

Tidak terkecuali dari kalangan pengamal perubatan sendiri. Salah seorangnya adalah Kamarul Ariffin Nor Sadan.

tambah ketinggian, lelaki tinggi, perempuan tinggi, petua tambah ketinggian, produk tambah ketinggian, betul ke boleh tambah ketinggian,

Menurut beliau produk peninggi tubuh yang banyak dijual di pasaran adalah paling memusykilkan. Beliau memberikan tiga fakta yang seharusnya difikirkan oleh pengguna akan kelogikannya sebelum mengambil produk ini.

PUTIH, KURUS, & TINGGI : Itulah definisi cantik pada mata masyarakat kita.

Oleh itu, permintaan untuk produk pemutih, kurus atau peninggi, amat rencam. Antara produk ketiga-tiga produk ini, peninggi adalah yang paling banyak memusykilkan.

1. Ada produk menjanjikan tambahan ketinggian tidak terikat pada umur pengguna. Hakikatnya, selepas umur 19-21 tahun, secara fisiologinya, ketinggian tubuh sudah tidak bertambah kerana tulang sudah matang dan tidak akan memanjang.

2. Ada produk menggambarkan kadar peninggian sebanyak 1 cm seminggu, dan penambahan maksimum sebanyak 5-15 cm. Ketika kanak-kanak pesat membesar, kadar peninggian pun hanya lebih kurang 1-1.5 cm sebulan.

3. Ada produk yang dakwa negara-negara Asia lain melihat penambahan ketinggian rakyatnya secara umum kerana meraka mengambil produk peninggi. Ini tak benar sama sekali.

Jika anda dah lebih 21 tahun, tak perlulah kiranya ambil apa-apa produk untuk tambah ketinggian. Tak membantu.

Cantik itu adalah bila tubuh kita sihat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Rehabilitasi Medtweetmy

Perkara itu kemudian tersebar di media sosial dan menarik perhatian tiga pegawai perubatan untuk membuat teguran terhadap Neelofa.

“Sebagai seorang doktor, saya menggalakkan selebriti Malaysia untuk lebih berhati-hati apabila mempromosi produk di media sosial.

“Jika anda tidak tahu apa kesan dan risikonya, mintalah nasihat. Tolong jadi lebih bertanggungjawab memandangkan anda mempunyai peminat dan pengikut yang sentiasa memerhatikan anda, terima kasih,” kata Dr. Amalina.
tambah ketinggian, lelaki tinggi, perempuan tinggi, petua tambah ketinggian, produk tambah ketinggian, betul ke boleh tambah ketinggian,

Pakar jantung, Doktor Beni Rusani yang juga dimaklumkan oleh pengikutnya mengenai isu itu memberikan penjelasannya.

“Dari sudut sains dan perubatan, tiada pil atau makanan tambahan yang boleh menambahkan ketinggian manusia kecuali high heels,” katanya.
tambah ketinggian, lelaki tinggi, perempuan tinggi, petua tambah ketinggian, produk tambah ketinggian, betul ke boleh tambah ketinggian,
Doktor Rafidah Abdullah dan Doktor Sazone juga menegaskan maklumat yang disiarkan di Instagram Neelofa itu tidak betul. Ini kerana anggaran tumbesaran ketinggian bagi lelaki terhenti sekitar 21 tahun, manakala 18 tahun bagi wanita.
tambah ketinggian, lelaki tinggi, perempuan tinggi, petua tambah ketinggian, produk tambah ketinggian, betul ke boleh tambah ketinggian,
Iklan ubat tinggi sememangnya berlambak dipromosikan di media sosial terutamanya Instagram. Namun yang menjadi persoalannya, mengapa pihak berkuasa tidak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengeluar dan pengedar produk yang sudah jelas dan terang menipu pengguna?

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak membeli sebarang produk timbang kilo yang tidak diketahui bahan dan kesan sampingannya terhadap pengguna. Juga diingatkan untuk tidak percaya sebarang testimoni yang ditunjukkan kerana kebanyakan testimoni tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata bagi menyakinkan pembeli.

Harapnya pengguna faham ya, tak perlulah nak membazir duit beli produk begini. Rugi duit ok lagi tapi kalau kesihatan terjejas dek pengambilan ubat yang tak diketahui statusnya ini lagilah menyesal tak berguna.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty + nine =