Sebelum Check-In Hotel Atau Homestay, Ini Perkara Yang Korang Perlu Buat

Sebelum Check-In Hotel Atau Homestay, Ini Perkara Yang Korang Perlu Buat | Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa industri pelancongan domestik sudah boleh mula beroperasi, sektor perhotelan di Langkawi telah pun menerima 1,000 tempahan kurang dalam masa satu jam.

Pergh, memang betul-betul ramai nak lepas gian pergi bercuti eh? Maklumlah ramai yang terpaksa membatalkan percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan sepanjang tempoh PKP ini. Sudahlah tak dapat bercuti terpaksa berkurung di dalam rumah pula.

Jadi tak salah untuk mengambil peluang ini untuk hilangkan stres dalam tempoh pandemik dan juga menggembirakan anak-anak yang juga dah lama tidak bersekolah tu.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) turut menyasarkan satu juta pelancong domestik masuk ke Langkawi bermula 10 Jun sehingga 31 Disember nanti.

check-in hotelNamun begitu, korang tetap perlu mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19 terus berlaku. Maklum sahaja, virus tersebut masih belum berjaya dihapuskan sepenuhnya, jadi kita perlu sentiasa berhati-hati.

Oleh itu, sekiranya korang perlu check-in hotel atau homestay sewaktu melancong nanti, terdapat beberapa perkara yang disarankan oleh Public Health Malaysia untuk korang lakukan dan antaranya adalah seperti berikut:
  • Hanya pilih hotel yang mematuhi SOP
  • Sediakan cecair disinfeksi atau bawa spray disinfeksi
  • Semburkan di tombol pintu, tandas, katil, permukaan yang sering di sentuh
  • Buka tingkap dan pintu untuk beberapa minit untuk pengudaraan dan pencahayaan

Dengan melakukan perkara-perkara tersebut, setidaknya korang sudah mengambil langkah berjaga-jaga kerana korang tidak tahu siapa yang menggunakan bilik tersebut sebelum itu.

Mungkin pihak hotel turut melaksanakan proses disinfeksi ini juga tapi tak salahkan sekiranya kita turut mengamalkan norma baru ini sebelum check-in hotel?

Apa-apa pun kami sekali lagi ingin mengingatkan bahawa sekiranya korang akan bercuti di tempat-tempat pelancongan negara nanti, pastikan sentiasa menggunakan topeng muka dan hand sanitizer. Jangan lupa pratikkan norma baru ya?

BACA: Nak Balik Kampung? Ini 10 Perkara Anda WAJIB Buat Sebelum Balik Bercuti!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

9 − two =