Salah Faham Antara Panadol dan Paracetamol

Sudah menjadi kebiasaan semua orang bila demam je mesti telan panadol kan. Atau nama saintifiknya Paracetamol. Bukan setakat demam jek, period pain, sakit sendi, selsema, mesti kita cari panadol kan. Kadang-kadang ambil panadol selalu pun akan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan kita.

Jom kita tengok fakta menarik yang perlu kita tahu tentang paracetamol @ panadol nie:

FAKTA #1
Paracetamol adalah ubat yang berkesan untuk menurunkan suhu badan dalam merawat demam. Ia juga ubat penahan sakit yang agak sederhana kesannya, berbanding dengan ubat penahan sakit yang lain. Secara kesimpulannya, Paracetamol adalah ubat yang terbaik untuk mengurangkan untuk merawat demam , tetapi ubat yang sederhana untuk merawat rasa sakit.

FAKTA #2
Selain demam, paracetamol digunakan untuk merawat rasa sakit ketika:

  • Sakit kepala
  • Selsema
  • Sakit badan
  • Sakit sendi
  • Senggugut
  • Sakit gigi

WHO mencadangkan agar ubat paracetamol ini diberikan kepada bayi hanya jika suhunya menngkat melebihi 38.5C. Ini kerana kesan ubat pacetamol pada bayi masih lagi dipersoalkan, malah demam di kalangan bayi lebih sesuai dirawat dengan ubat ibuprofen.

Rujuk: Perrott DA, Piira T, Goodenough B, Champion GD (2004). “Efficacy and safety of acetaminophen vs ibuprofen for treating children’s pain or fever: a meta-analysis”. Arch Pediatr Adolesc Med 158 (6): 521–6

FAKTA #3
Ubat paracetamol boleh diberikan kepada pesakit dalam bentuk:

  • tablet (pil)
  • kapsul,cecair (terutama untuk bayi)
  • suppisotory (yang dimasukkan ke dalam dubur)
  • tablet mudah larut dalam air (Effervescence)
  • suntikan sama ada dalam bentuk IV (ke dalam saluran darah) atau IM (suntikan ke dalam otot)

FAKTA #4
DOS UBAT paracetamol untuk seorang bayi atau kanak-kanak tidak bergantung kepada umur, tetapi beratnya. Dos yang biasa ialah antara 10-15 mg bagi setiap kilogram berat badan. Contohnya jika bayi yang mempunyai berat 10 kg ia dos yang harus diberikan ialah 150 mg pada setiap kali diberikan. Dos ini (150mg) boleh diambil sekali setiap 6 jam.

Adakalanya doktor meninggikan dos yang diberikan, bergantung kepada penilaian, tapi tidak harus melebihi 90 mg per kilogram dalam sehari.

Kebanyakan kanak-kanak diberi paracetamol dalam bentuk cecair dan sangat penting bagi ibubapa untuk memeriksa kekuatan dos setiap ubat yang diberikan kerana ia berbeza-beza. Kekeliruan mungkin timbul apabila kita mahu berikan ubat pada anak kita. 150mg berbeza dengan 150ml. Kebanyakan ubat paracetamol dalam bentul cecair di Malaysia dijual pada dos 100mg/ml, 150mg/ml dan 250mg/ml.

Jadi, jika kekuatan dos pada botol ubat parasetamol adalah 100 mg / mL maka jika bayi kita mempunyai 10 kg bayi memerlukan 150mg setiap kali diberikan ubat, tetapi diterjemahkan dalam 1.5 mL. Maksudnya kita berikan 1.5mL ubat paracetamol yang mempunyai kekuatan dos 100mg/mL bagi bayi kita yang mempunyai berat 10kg. Jika keliru, harus berbincang dengan doktor dan pegawai farmasi untuk mengelakkan kekeliruan.

FAKTA #5
PANADOL yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk:

  • PANADOL REGULAR mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.
  • PANADOL EXTEND mengandungi Paracetamol 665mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.
  • PANADOL EXTRA mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidakselesaan perut.
  • PANADOL ACTIFAST mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodiumuntuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.
  • PANADOL MENSTRUAL mengandungi paracetamool 500mg dan Pamabrom 25mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.
  • PANADOL SOLUBLE mengandungi paracetamol 500mg dan sodium 427mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk pernyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.

FAKTA #6
“Doktor, bolehkah Paracetamol yang dimakan akan tersimpan di dalam tubuh?”

Selepas paracetamol ditelan, bahan aktifnya dicernakan di dalam perut dan diserapkan ke dalam salur darah. Seterusnya paracetamol dimetabolismakan (atau ditoksifiakasikan kepada bahan yang lebih ringkas) di dalam hati.

Dalam hati, metabolisme paracetamol dilakukan dengan tiga cara:

  • Sebahagian besarnya (50%) menjalani proses “glucuronidation”
  • Sebanyak 30% lagi menjalani proses “sulfat conjugation”
  • Selebihnya (20%) menjalani proses “N-hydroxylation, dehidration”dan GSH conjugation”

Jika pengambilan paracetamol dilakukan dalam dos yang tinggi, metabolisme cara1 dan 2 yang lebih selamat menjadi tepu. Proses metabolisme paracetamol akan dilakukan dengan cara 3, menyebabkan lebih banyak bahan sebaik NAPQI yang toksik pada hati dan buah pinggang terhasil.

Bagi mengurangkan kesan toksik pada buah pinggang dan hati, paracetamol harus diambil dalam kuantiti dos yang kecil dan selamat, dan ia harus diambil dengan meminum air yang banyak.

Berhati-hatilah mengambil ubat untuk melegakan penyakit yang dialami. Kadang-kadang kita sambil lewa jek dengan keadaan badan kita. Ingatlah bahawa sihat itu nikmat. Bila-bila masa saja nikmat kesihatan kita boleh ditarik.

Kredit: Bahaya Paracetamol

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two + twelve =