Tip Atasi Sakit Leher Disebabkan Oleh Salah Posisi Tidur - Petua Ibu

Tip Atasi Sakit Leher Disebabkan Oleh Salah Posisi Tidur

Ramai orang sering kali mengeluhkan rasa sakit pada leher mereka setelah bangun tidur. Sakit leher ini ternyata seringkali terjadi kerana kita salah gerak atau salah posisi tidur.

Mungkin juga hal ini terjadi akibat penggunaan bantal yang terlalu tinggi, terlalu rendah dan sebagainya.

Sakit leher ini memang kurang menyenangkan. Beberapa orang bahkan sampai susah menoleh kerana hal ini. Jika kamu termasuk salah seorang yang mengalami hal ini:

Berikut cara mengatasi Sakit Leher akibat salah posisi tidur:sakit leher, tersalah bantal, tersilap posisi tidur, atasi sakit leher, atasi sakit belakang

1. Istirehatkan Leher Anda
Istirehat leher anda, lebih-lebih lagi jika anda terlalu lama bekerja atau berolahraga. Baringkan leher dan tubuh dalam posisi yang selesa, dan pastikan anda memakai bantal yang baik yang dapat menjaga kepala dan leher agar selalu berada pada posisi yang betul.

2. Regangkan Otot Leher
Anda dapat meregangkan otot leher anda dengan menggunakan tuala panas atau mandi dan berendam dengan air hangat. Tahap-tahap peregangan sederhana dengan cara berikut :

Balikkan kepala anda perlahan ke kanan, lalu gunakan tangan kanan anda untuk memberi sedikit tekanan pada dagu anda, lakukan dengan lemah lembut dan bertahap. Tahan selama 15-20 saat lalu perlahan gerakkan kembali kepala anda ke titik awal.

Ulangi, kali ini untuk ke sisi kiri. Miringkan atau ayunkan kepala anda sampai dagu menyentuh dada, jika tidak boleh, cukup dorong sampai sedekat mungkin. Pastikan bahu anda relaks ketika melakukannya. Tahan selama 15-20 saat, kemudian ulangi lagi. Miringkan kepala anda ke kanan sambil mencuba meletakkan telinga kanan ke bahu kanan anda. Jangan sampai bahu terangkat, lakukan selama 20 saat, lalu ulangi lagi di sisi lain.

3. Picit Leher Anda
Jika Anda terbangun dengan leher yang kaku, memicit sendiri kawasan yang sakit tersebut dapat membantu mengurangkan sakit leher. Akan tetapi, lakukan dengan lembut dan berhentilah bila ianya menambah rasa sakit.

BACA JUGA: Jangan Sesekali Buat 6 Perkara Ini Bila Penat

4. Pilih Bantal yang Baik
Gunakan bantal yang tidak terlalu tebal dan tidak juga terlalu tipis yang dapat menyesuaikan posisi tidur anda. Jika anda tidur miring, bantal akan tetap menjaga kepala anda dalam posisi horizontal. Jika anda tidur telentang, pastikan bantal tidak akan membuat kepala anda berada pada posisi yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.

5. Pastikan Anda Menggunakan Tilam yang Masih Baik
Tilam yang sudah terlalu lama atau buruk biasanya tidak memberikan sokongan untuk leher dan tulang belakang anda. Hal ini menjadi salah satu penyebab terjadinya leher kaku ketika bangun tidur. Oleh sebab itu, pastikan anda menggunakan tilam atau alas tidur yang baik yang dapat membantu leher dan tulang belakang anda berada pada posisi yang ideal.

Jika anda suka dengan cara mengelakkan sakit leher kerana salah posisi tidur ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
2 Comments
  1. […] Mudah Untuk Merawat Bengkak Dan Bonjolan Pada Leher. Bagaimana Caranya? | Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di bahagian depan leher. Ia […]

  2. […] bukan mengapa ia di panggil Tech Neck? Tech Neck adalah masalah kesakitan dan kecederaan tengkuk akibat menggunakan technologi seperti […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.