Ubati Sakit Gastrik Dan Pedih Ulu Hati Dengan 7 Bahan-Bahan Ini

Ubati Sakit Gastrik Dan Pedih Ulu Hati Dengan 7 Bahan-Bahan Ini | Pedih di ulu hati? Perut kembung? Kurang selera makan? Rasa nak muntah dan pening kepala?

Di atas adalah simptom sakit gastrik. Ia terjadi jika anda ‘skip’ atau lewat makan, stress, makan makanan terlalu pedas, tidak kunyah makanan sehingga lumat dan hadapi masalah penghadaman.

Gastrik bukan penyakit, tetapi masalah kesihatan. Jadi ia sebenarnya boleh diubati. Anda boleh memilih untuk makan ubat yang diperoleh daripada klinik ataupun sumber alam semula jadi seperti yang disenaraikan:

7 BAHAN SEMULAJADI PENGUBAT SAKIT GASTRIK

1. DAUN KUNYIT

Daun kunyit memiliki antioksidan yang tinggi dan mampu meningkatkan pertahanan tubuh badan melawan sebarang penyakit. Caranya, tumbuk dengan lumat dan campurkan bersama segelas susu. Amalkan setiap hari hingga hilang sakit gastrik.

2. DAUN JAMBU BATU

Jangan ingatkan jambu batu hanya boleh dimakan buahnya saja. Daunnya juga mempunyai khasiat dan berfungsi sebagai penawar pelbagai penyakit.

Rebus daun jambu batu hingga mendidih. Tapis airnya dan minum.sakit gastrik,petua hilangkan gastrik, petua hilangkan pedih ulu hati, punca pedih ulu hati, punca gastrik, petua rawat pedih ulu hati

BACA JUGA :: Nak Rawat Pedih Ulu Hati & Gastrik? Tak Sangka Makan Brokoli & Yogurt Boleh Membantu!

3. HALIA

Mungkin ramai yang tahu, halia memang mujarab dalam melegakan perut kembung dan berangin. Selain itu, halia memang banyak sangat khasiatnya serta bersifat anti-kanser, seperti kunyit.

Kunyah halia selepas makan setiap hari. Tidak pun, campurkan hirisan halia dalam makanan. Anda juga boleh minum teh halia untuk atasi masalah gastrik.

4. SODA PENAIK

Eh, soda penaik ni bukan nak buat kek ke? Haa.. Jangan tak tahu, soda penaik pun boleh dijadikan penawar gastrik ye. Sodium bikarbonat yang terdapat dalam soda penaik ini bertindak sebagai antasid, lalu membantu meneutralkan asid dalam perut.

Caranya, campurkan ¼ sudu soda penaik ke dalam segelas air dan minum. Ia dapat melegakan sakit gastrik buat sementara waktu.

5. CUKA EPAL / ‘APPLE CIDER’

Masukkan dua sudu cuka epal dalam air suam dan biarkan seketika baru diminum. Ia akan segera mengatasi masalah gastrik yang dihidapi.

Seelok-eloknya, cari cuka epal yang asli dan tidak dicampur dengan bahan lain. Walaupun rasanya adalah sangat masam, namun ia amat baik untuk tubuh badan. Selain cuka epal, anda juga boleh mencuba cuka kurma.sakit gastrik, petua hilangkan gastrik, petua hilangkan pedih ulu hati, punca pedih ulu hati, punca gastrik, petua rawat pedih ulu hati

6. KAYU MANIS

Kayu manis memang adalah rempah yang selalu kita gunakan dalam masakan seperti sup, kurma, dan kari. Rebus kayu manis hingga didih dan biarkan sejuk sebelum diminum. Cara lain, masukkan ½ sudu serbuk kayu manis dan madu dalam segelas susu suam dan minum.

Selain itu, anda juga boleh mencampurkannya ke dalam teh. Lebih beraroma!

7. BAWANG PUTIH

Bawang putih merupakan tanaman yang telah digunakan sejak zaman Mesir purba lagi. Ia mengandungi allicin, iaitu salah satu komponen biologi aktif yang paling utama berfungsi sebagai zat anti bakteria.

Untuk mendapatkan kesan paling maksimum, panggang dua ulas bawang putih. Buang kulitnya dan makan begitu sahaja. Jika tidak mampu makan begitu, rebus bawang putih bersama lada hitam beberapa minit dan biarkan sejuk. Minum dua kali sehari untuk hilangkan sakit gastrik.

BACA JUGA :: Inilah Kesan Hebat Yang Terjadi Setelah Makan 6 biji Bawang Putih Panggang. Rugi Tak Amalkan!

JIKA SAKIT GASTRIK MASIH BERTERUSAN?

Jangan ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat doktor. Gastrik ringan boleh dirawat, namun sekiranya anda mengalami simptom yang terlalu membimbangkan, rujuklah pada yang pakar. Dikhuatiri akan membawa kepada penyakit lain.

Selain itu, fokus pada makanan dan jangan fikirkan atau melakukan perkara lain. Kunyah makanan sehingga betul-betul lumat kerana ia memberi banyak manfaat selain dapat mengelakkan daripada perut mudah terkena gastrik.

Bagi ibu mengandung adakalanya sakit pedih ulu hati kerap juga berlaku apabila bayi dalam kandungan semakin membesar, jadi jangan panik ya!

Disini kami kongsikan video penerangan lebih lengkap mengenai pedih ulu hati:

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nine − 8 =