Resipi Tauhu Berlauk Paling Mudah & Sedap Memang Puas Makan Sekeluarga. Patutlah Viral!

Sebelum ni viral dengan resepi tauhu begedil, sekarang ni resipi tauhu berlauk pula yang asyik lalu-lalang dekat wall. Sana-sini orang share, nampak gambarnya pun macam sedap!

Tak sangka rupanya nak buat pun simple je tau. Rugilah kalau tak cuba.

Jadi jom kita tengok resipi tauhu berlauk yang mudah dan sedap hasil perkongsian oleh Azirah Saroji melalui Facebook di bawah ini.

BACA JUGA :: Inilah Cara Buat Tauhu Homemade Guna 3 Bahan Je

RESIPI TAUHU BERLAUK

BAHAN-BAHAN

  • 2 ketul isi ayam (kalau suka daging boleh bubuh daging)
  • 3 keping tauhu (jenis petak biasa)
  • 4 ketul tauhu telur (yang berbungkus dalam gambar tu)
  • 3 biji telur
  • Bawang holland
  • Carrot
  • Daun sup

Berikut adalah cara membuat tauhu berlauk step-by-step.

  • Mula-mula kita kisarkan tauhu petak tu, isi ayam, tauhu telur dan telur. Kisarkan sampai sebati menggunakan blender sampai semua bahan tu hancur dan halus ya.

  • Kemudian bahan kisar tadi kita masukkan ke dalam bekas. Campurkan sekali dengan carrot, bawang Holland dan daun sup yang telah dicincang halus.

  • Bila dah sebati adunan tadi, masukkan garam, perasa, serbuk lada hitam dan 1 ketul kiub ayam.
  • Kalau ada lada sulah, boleh bubuh sekali bagi sedap lagi, tapi saya tak ada. Jadi saya guna apa yang ada dekat rumah saja.
  • Gaul sebati, beginilah hasilnya.

  • Kemudian masukkan dalam acuan untuk dikukus. Saya guna acuan lompang ke apa namanye ni.

  • Lepas tu kukus dalam 15 minit je. Agak-agak isinya dah terkeluar dari acuan tu, rasanya dah masaklah tu. Taraaaa… Ni yang dah siap kukus.

resipi tauhu berlauk

  • Akhir sekali, pecahkan telur, ambil tauhu yang dah siap kukus tadi, celup dalam telur dan goreng sampai kekuningan.

resipi tauhu berlauk

OK dah siap pun… Makan macam tu je pun dah syok tau. Kalau nak lagi sedap, makan dengan sambal kicap.

Untuk buat sambal kicap tu senang je. Caranya blend kicap, gula, bawang putih dan lada ikut rasa nak pedas mane. Lepas tu bolehlah buat cicah. Lagi pedas lagi power!

Selamat mencuba semua.

*Resipi tauhu berlauk viral ini dikongsikan oleh Azirah Saroji menerusi Facebook.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eight − 8 =