Resipi Taufu Fa Yang Boleh Siap Dalam 15 Minit, Guna 4 Bahan Saja Dah Jadi!

Mesti anda tahu apa itu taufu fa kan? Bukan sahaja dalam bulan Ramadhan, malah di bulan-bulan yang lain pun, taufu fa menjadi kegemaran ramai tidak kira waktu.

Ada yang suka makan taufu fa panas-panas dan ada juga yang suka makan selepas disejukkan. Semuanya sedap!

Jadi, apa kata anda cuba buat taufu fa macam yang boleh dibeli di bazar ini di rumah, 15 minit saja dah siap tau! Bolehlah bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Kredit:http://www.hungryagainperth.com/

BAHAN-BAHAN BUAT TAUFU FA

Resipi Taufu Fa Yang Boleh Siap Dalam 15 Minit, Guna 4 Bahan Saja Dah Jadi!
www.facebook.com/ena.sayang
  • Air Soya dua kotak yang besar (sekotak tu bersamaan 1 liter).
  • Agar-agar tali/ jelly strips yang 26 gram (dekat paket tak tulis, tapi saya pergi timbang)
  • Air kosong 2 ke 3/4 cawan untuk larutkan agar-agar (**kalau guna agar-agar 20gram, guna air 2 cawan sahaja.)
  • Daun pandan utk bagi wangi

CARA-CARANYA

1. Masak agar-agar dengan cara larutkan agar-agar dengan air. Letak daun pandan.

Resipi Taufu Fa Yang Boleh Siap Dalam 15 Minit, Guna 4 Bahan Saja Dah Jadi
www.facebook.com/ena.sayang

2. Lepas agar tu dah larut, masukkan 2 kotak air soya tu. Panaskan sekejap.

Resipi Taufu Fa Yang Boleh Siap Dalam 15 Minit, Guna 4 Bahan Saja Dah Jadi

3. Pastikan anda tapis dahulu sebelum masukkan ke dalam bekas.

Resipi Taufu Fa Yang Boleh Siap Dalam 15 Minit, Guna 4 Bahan Saja Dah Jadi

4. Biarkan sejuk sekejap sebelum letakkan di dalam peti ais
5. Dan SIAP!

Resipi Taufu Fa Yang Boleh Siap Dalam 15 Minit, Guna 4 Bahan Saja Dah Jadi* Air gula merah/air gula biasa (Nak sedap lagi, letakkan siap-siap air gula di dalam bekas tau fu fah tu, lepas itu sejukkan, dah sejuk baru mkn.)

Anak-anak dan seisi keluarga mesti suka.Selamat mencuba! [/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten − 7 =