Home All Petua Dapur Resipi Bubur Candil Bukan Jer Cantik, Rasa Lemak Santan Memang Memikat. Nak...

Resipi Bubur Candil Bukan Jer Cantik, Rasa Lemak Santan Memang Memikat. Nak Buat Pun Mudah Jer!

17878
0
resepi bubur candil
Resipi Bubur Candil Bukan Jer Cantik, Rasa Lemak Santan Memang Memikat. Nak Buat Pun Mudah Jer! 1

Resipi Bubur Candil Bukan Jer Cantik, Rasa Lemak Santan Memang Memikat. Nak Buat Pun Mudah Jer! | Tengok pun dah menarik, pasti sedap ni kalau dimakan bersama santan memang best. Rasa lemak santannya memang memikat. Ditambah pula dengan ais dan dimakan waktu petang mahupun tengah hari. Cukup menyelerakan.

Warna ungu dari ubi keledek yang digabungkan bersama kuning dari jagung memikat selera si anak.

Ibu-ibu yang baru nak cuba boleh lah sediakan bubur candil untuk seisi keluarga petang ini. Caranya yang ringkas, mudah tetapi menyelerakan. Resipi ini dikongsikan oleh puan Nor Haidah Md Said.

Resipi Bubur Candil Anda Patut Cuba!

Dah lah cantik, sdp plak tu.. Bukannn kata hakakkk, kata bubur candil ni haa…😂😂😂 Resipi bubur candil hakak :

resipi bubur candil

Bahan-bahan

  • 1 kg Ubi keledek ungu,
  • 2 cawan isi jagung
  • 7-8 sudu besar Tepung ubi
  • 500ml santan pekat
  • 350-400 ml air
  • secubit garam
  • gula melaka/gula putih secukupnya
  • Dua helai daun pandan

Cara membuat:

  • Ubi keledek direbus hingga empuk, kemudian dilenyek dan ketepikan.
  • didihkan air,
  • Masukkan tepung sikit2. Uli sekata sampai jadi doh dan keledek tu tak pecah2 bila dibentuk.
  • Gentel lah bulat2 ikut nak kecik ke besar.
  • Apabila air mendidih masukkan doh bubur candil dan biarkan terapung baru diangkat.
  • Di dalam bekas lain, masukkan santan, masuk daun pndan, gula secukupnya dan secubit garam.
  • Kemudian, masukkan doh bubur candil tadi ke dalam santan. Buka api semula dan masak. Masukkan isi jagung
  • Dah siap.

Resipi Bubur Candil Bukan Jer Cantik, Rasa Lemak Santan Memang Memikat. Nak Buat Pun Mudah Jer! 2

Resipi Bubur Candil Bukan Jer Cantik, Rasa Lemak Santan Memang Memikat. Nak Buat Pun Mudah Jer! 3Resipi Bubur Candil Bukan Jer Cantik, Rasa Lemak Santan Memang Memikat. Nak Buat Pun Mudah Jer! 4resipi bubur candil

Sebenarnya bahan-bahan resipi bubur candil ni tak susah mana pun nak cari, resipinya pun mudah jerk. Apa kata korang kongsikan resepi ni dengan adik beradik dan kawan-kawan yang lain mana tahu ada yang nak mencubanya.

#hakakhtsado

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here