Home All Petua Dapur Rempah Sup Homemade. Memang Mudah & Tahan Lama. Masak Sup Jimat Masa

Rempah Sup Homemade. Memang Mudah & Tahan Lama. Masak Sup Jimat Masa

4266
1
Rempah Sup Homemade. Memang Mudah & Tahan Lama. Masak Sup Jimat Masa

Rempah Sup Homemade. Memang Mudah & Tahan Lama. Masak Sup Jimat Masa | Mesti ramai peminat menu yang bersup ni kan? Nak pula kalau di sediakan sekali mee atau bihun yang di celur mahu bertambah mangkuk hidangan. Namun kadangkala kekangan masa untuk memasak menjadikan hidangan ini bukan menu pilihan keluarga.

Disini kami ingin kongsikan pes mudah yang membolehkan anda menikmati hidangan sup sedap setiap hari. Boleh disimpan dan peti sejuk dan tahan lama. Anda perlu cuba.

Cara Buat Rempah Sup Homemade

BAHAN-BAHAN:

  • 1 labu bawang besar | dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih | dipotong kecil
  • 2 inci halia | dipotong kecil
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil kfc lada hitam
  • 1 sudu kecil kfc bunga cengkih
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih

BACA JUGA :: Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi & Tip Potong Siput Supaya Tak Berlendir!

CARA MEMASAK REMPAH SUP HOMEMADE:

Rempah Sup Homemade

  • Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
  • Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
  • Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.

Rempah Sup Homemade

  • Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup homemade anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.

Rempah Sup HomemadeKredit gambar & resipi: Mas Lieyana via MAHN

Jika anda suka dengan artikel rempah sup homemade ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here