Inilah 8 Punca Kenapa Wanita Menopause Awal Dari Usia Sepatutnya

Jangan ingat kita muda lagi, kita tidak akan kena menopause awal. Maka,berjaga-jagalah sebelum ia berlaku. Menopause merupakan suatu gejala normal yang akan dialami oleh setiap wanita sebagai satu petanda usia semakin tua. Menopause terjadi kerana seorang wanita itu dikatakan telah putus haid dan tiada lagi pengeluaran telur yang menghasilkan hormon estrogen.

Apakah itu hormon estrogen?

Hormon estrogen adalah hormon seks bagi wanita yang dihasilkan semasa remaja sehingga sampai masa menopause. Kadar penghasilan hormon estrogen yang semakin rendah akan menyebabkab pelbagai kesan seperti berpeluh, panas badan, jangkitan kuman di bahagaian saluran urin dan berlaku radangan pada vagina.

menopause awal

Berapakah umur yang dijangka mengalami menopause?

Rata-rata menopause terjadi pada usia 52 tahun, tetapi ada pula wanita yang mengalami pra-menopause, iaitu fasa perubahan yang terjadi di awal usia 40 tahun atau pertengahan 30 tahun. Fasa ini sangat dipengaruhi oleh perubahan hormon, terutamanya hormon estrogen yang meningkat dan menurun secara tidak teratur.

Mungkin tiba-tiba menstruasi anda terlambat dan bukan tanda kehamilan. Ini merupakan tanda paling sering yang dialami ketika fasa pra-menopause.

Jika sudah sampai masanya anda menopause, pelbagai cara boleh anda lakukan bagi menangani gejala menopause ini. Jom, kita kenalpasti tanda tanda menopause dan cara menanganinya.

Apakah tanda-tanda menopause awal?

Tanda-tandanya hampir sama dengan wanita putus haid:

  • kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang haid
  • haid yang lebih ringan atau lebih banyak dari biasa
  • berpeluh-peluh
  • faraj, kulit, mata, atau mulut yang kekeringan
  • perubahan mood atau perubahan emosi
  • kawalan kencing yang teruk
  • nafsu untuk seks semakin menurun atau tidak wujud
  • insomnia
  • Wanita yang putus haid terlalu awal akan menghadapi masalah untuk hamil dan juga meningkatkan risiko osteoporosis, kanser ovari/usus, masalah katarak dan gusi.

Ini disebabkan hormon estrogen yang semakin berkurang.

Di bawah kami menyenaraikan 8 sebab mengapa wanita boleh menopause lebih awal daripada jangkaan:

1. Merokok

Kajian mendapati wanita yang merokok boleh putus haid 1 – 2 tahun lebih awal daripada mereka yang tidak merokok. Toksin yang terdapat dalam tembakau dan rokok mampu menghalang fungsi hormon pembiakan, seperti estrogen.

2. Ubat-ubat hormon

Ubat-ubat yang diambil untuk mengawal atau mengurangkan estrogren seperti Tamoxifen, boleh menyebabkan wanita putus haid lebih awal. Ubat ini biasanya diberi kepada pesakit kanser payudara.

3. Sejarah sawan

Kajian mendapati wanita dengan catamenial epilepsy (sawan yang dicetuskan oleh kitaran haid) atau sawan mempunyai risiko putus haid lebih awal. Penemuan ini dikaitkan dengan kesan sawan pada hipotalamus atau kelenjar pituitari otak, tapi lebih banyak data diperlukan untuk membuktikan ini.

4. Masalah tiroid

Wanita dengan masalah tiroid juga mempunyai hormon yang tidak stabil dan ini menyebabkan mereka berisiko menopaus pramatang. Bahkan tanda-tanda hipotiroidisme sama dengan tanda-tanda wanita putus haid dan rawatan untuk masalah tiroid didapati boleh melambatkan menopause.

5. Pembedahan

Sekiranya anda pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ovari (oophorectomy tunggal) atau rahim (histerektomi), badan anda akan kekurangan estrogen dan progesteron. Ini boleh menyebabkan menopaus pramatang. Walaubagaimanapun, jika kedua-dua ovari anda dikeluarkan, anda akan menopause awal serta merta.

menopause awal

Jenis-jenis pembedahan histerektomi. Sumber:MedlinePlus

6. Kemoterapi

Kemoterapi dan rawatan radiasi boleh merosakkan tisu-tisu ovari serta meningkatkan risiko anda menopause awal.

7. Keabnormalan kromosom

Menopause pramatang lebih cenderung berlaku pada mereka yang dilahirkan dengan kecacatan kromosom yang menjejaskan fungsi pembiakan, seperti sindrom Turner yang mengakibatkan pembentukan ovari yang kurang baik.

Ahli keluarga terdekat seperti ibu atau kakak boleh memberikan petunjuk sama ada putus haid awal mungkin disebabkan genetik. Menopause awal mungkin boleh diwariskan. Sebab lain juga ialah kecacatan pada kromosom.

8. Penyakit autoimun

Apabila wanita menghidap penyakit autoimun, sistem imun badan akan keliru dan boleh menyerang badan sendiri. Dalam beberapa kes, seperti rheumatoid arthritis, ia juga boleh menyerang tisu ovari dan mengakibatkan menopause awal.

Walaupun tidak semua kes putus haid awal boleh dicegah, namun berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini:

  • Berhenti merokok
  • Kerapkan bersenam
  • Kekalkan berat badan yang sihat
  • Gunakan produk bebas hormon serta produk penjagaan kulit organik
  • Makan makanan organik dan sihat
  • Elakkan makanan yang diproses

Semoga dengan perkongsian artikel ini ramai wanita akan mula memberikan perhatian kepada tempoh kitaran haid mereka dan memastikan ianya lebih teratur. Jika anda mengalami masalah dalam kitaran haid sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat selanjutnya.

Nota senggugut : Apa pandangan anda? Kongsikan diruang komen fb atau blog. Sharekan petuaibu.com kepada rakan-rakan, moga kita beroleh kebajikan bersama berterusan 🙂

You might also like
Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.