Tidak Perlu Berurut Untuk Kecutkan Rahim – Doktor

Rahim wanita adalah organ tubuh yang paling ajaib, kecil tetapi boleh membesar jadi tempat perkembangan seorang bayi selama 40 minggu atau 9 bulan.

Namun selepas bersalin ada sesetengah wanita cukup risau dengan istilah rahim jatuh kalau tak diurut. Tambah pula ada sesetengah wanita langsung tak dapat peluang pakai bengkung dan mengurut. Jadi untuk hilangkan susah hati kaum mak-mak beranak kecil, jemput baca perkongsian doktor Imelda Balchin ini:

Kelmarin, semasa Seminar Physical Conditioning for Healthy Pregnancy Outcomes, saya terima soalan-soalan yang menarik.

Soalan Pertama:
Adakah Urutan Rahim atau pemakaian bengkung mengecutkan rahim selepas bersalin?

Soalan Kedua:
Adakah ‘Sengkak naik’ berkesan untuk memulihkan masalah ‘peranakan jatuh’ atau ‘uterine prolapse’?

cara kecutkan rahim, petua kecutkan rahim, tak perlu urut untuk kecutkan rahim, rahim kecut selepas bersalin, rahim kecut semasa berpantang

Ini Jawapan Doktor
Saya mulakan jawapan saya dengan memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang anatomi dalaman badan wanita.

Lihat Gambar 1 hingga 4.

Jika anda baring atau berdiri, cari lah tulang di antara peha anda. Ini lah tulang pubis (pubic bone). Di atas tulang ini ialah bahagian abdomen wanita. Dari tulang pubis ke bawah ialah bahagian pelvis wanita. Tulang pubis ini melindungi organ dalaman wanita seperti rahim, pundi kencing dan ovari wanita.

BACA JUGA: Petua Merawat Bentan Untuk Ibu Yang Sedang Berpantang Selepas Bersalin

Bagi wanita yang tidak hamil yang mempunyai saiz rahim yang biasa (7.5 cm), kita tidak boleh mengurut rahim dari bahagian abdomen di atas tulang pubis ini, sebab kedudukan rahim itu ialah di bawah dan di dalam pelvis. Hanya selepas 12 minggu kehamilan baru rahim itu membesar dan naik keluar dari pelvis ke bahagian abdomen. Saiz rahim pada masa 12 minggu kehamilan ini ialah lebih kurang 10-11cm. Lihat gambar 5.

Selepas bersalin, rahim akan terus menguncup dengan segera ke kedudukan di antara pusat dan tulang pubis. Pengaliran darah dari jantung ke rahim mula berkurangan dan ketebalan selaput dalam dinding rahim (endometrium) semakin nipis kerana tidak ada lagi hormon oestrogen daripada uri. Sel-sel selaput endometrium ini dilepaskan keluar sebagai darah nifas. Kedua-dua pengurangan darah dan hormon kepada rahim menyebabkan rahim terus mengecil sedikit demi sedikit hingga hampir ke saiz asalnya. Bagi wanita yang pernah bersalin, semua rahim adalah hanya 1cm lebih besar daripada wanita yang tidak pernah hamil, kerana penambahan sel rahim berlaku semasa kehamilan.

Kajian ultrasound scan di banyak negara, Switzerland, Brazil, Korea, Nigeria, Arab, France, German dan England telah membuktikan bahawa kadar pengecilan rahim adalah lebih kurang sama saja, dan mengambil masa sehingga 60 hari. Di banyak negara ini, tidak ada adat mengurut rahim atau memakai bengkung.

Pada hari pertama selepas bersalin, secara purata, saiz rahim ialah 18cm, hari kedua saiz rahim ialah 17cm, hari ke tujuh 14cm dan hari ke sepuluh 11cm.

Ini bermakna, secara purata, di dalam hanya 10 hari, rahim akan mengecil kembali ke paras tulang pubis dan tidak boleh diurut lagi.

BACA JUGA: Buat Sendiri Milk Booster Guna 3 Bahan Ini

Untuk ibu yang tidak mendapat peluang mengurut atau memakai bengkung selepas bersalin, jangan bimbang, rahim anda juga akan mengecil dengan sendirinya. Untuk ibu yang tidak dapat menyusu bayi dengan sepenuhnya, jangan bimbang juga, kerana semua kajian ini tidak pula menunjukkan perbezaan saiz rahim yang ketara bagi ibu yang menyusukan bayi dan ibu yang tidak menyusu. Yang terbukti ialah penyusuan badan menurunkan berat badan ibu tetapi rahim akan mengecil dengan sendirinya juga walaupun ibu tidak dapat menyusukan anaknya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × four =