Siapa Tahu Pisang Mentah Lebih Berkhasiat Berbanding Pisang Masak? Baca Ini!

Jarang antara kita suka makan pisang mentah, kan? Selalunya, jika dibuat pisang goreng tak pun pengat barulah berselera. Rasanya mungkin sedikit kelat dan pahit jika dimakan begitu sahaja. Tapi, selalunya yang pahit dan kelat itu menjadi ubat bak kata orang tua-tua, kan?

Namun, ramai yang tidak tahu sebenarnya kandungan gizi dan nutrisi dalam pisang mentah adalah lebih tinggi berbanding pisang masak. Biar betul? Boleh jadi, macam makan ulam mentah-mentah lebih banyak khasiat daripada dimasak lemak.

Menurut Laman boldsky.com, makan pisang mentah dapat menstabilkan tekanan darah kerana di dalamnya mengandungi kalium yang tinggi. Kalium diperlukan tubuh untuk menstabilkan dan menurunkan tekanan darah tinggi.khasiat pisang masak, khasiat pisang mentah, pisang mentah, kelebihan pisang mentah, pisang mentah VS pisang masak

Kalau jenis susah nak membuang air besar, eloklah ambil pisang mentah untuk melancarkan proses pembuangan. Sebabnya, serat dalam pisang mentah boleh mencegah kembung perut dan sembelit.

Perasan atau tidak, petua orang dulu-dulu, kalau cirit-birit mesti akan minum teh kelat tanpa gula. Rasanya yang kelat seakan pisang mentah memberi khasiat untuk merawat cirit-birit.

Kalau jenis yang badan sihat dan stabil, boleh juga makan pisang mentah untuk menstabilkan metabolisme badan. Hanya sekadar untuk menjaga kekebalan tubuh. Oh, macam vitamin tambahan lah, kan?

Ada yang nak makan pisang mentah lepas ini? Kalau kelat sangat, boleh pelbagaikan menu supaya rasanya sedap sikit. Semoga bermanfaat, ya!

BACA JUGA: Inilah Manfaat Makan 2 Biji Pisang ‘Busuk’ Setiap Hari

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 − eight =