Inilah 4 Petanda Strok Dikalangan Wanita Meskipun Usia Masih Muda, Sila Waspada!

Inilah 4 Petanda Strok Dikalangan Wanita Meskipun Usia Masih Muda, Sila Waspada! | Meskipun sebahagian besar penyakit strok atau serangan angin ahmar terjadi pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas tapi risiko untuk golongan yang lebih muda iaitu di bawah 45 tahun mengalaminya tetap ada malah wanita lebih berisiko berbanding golongan lelaki.

Kita mungkin pernah mengalami insiden apabila ahli keluarga atau kenalan yang masih muda lagi tiba-tiba diserang strok walaupun mereka kelihatan sihat dan aktif.

Oleh itu golongan wanita disaran untuk lebih berhati-hati dengan empat petanda strok ini.

petanda strok

1. Berasa lemah atau kebas pada sebelah badan

Ia merupakan gejala strok paling biasa teruatama pada bahagian lengan dan kaki. Boleh juga terjadi separuh dari wajah kelihatan menurun atau jatuh.

BACA: Nabi Sudah Lama Pesan, 6 Penyakit Akan Menimpa Umat Akhir Zaman!

2. Gangguan pertuturan

Sukar untuk berkata atau langsung tidak boleh berkata-kata secara tiba-tiba. Pesakit mungkin juga mengalami kesukaran memahami percakapan.

3. Sakit kepala yang serius

Pening kepala secara tiba-tiba, sukar seimbangkan tubuh atau mengalami masalah untuk berjalan dengan betul. Atau pun tiba mengalami sakit kepala serius tanpa mengetahui sebabnya.

4. Hilang penglihatan

Bukan buta terus tapi berlaku gangguan penglihatan, biasanya sebelah mata saja. Bagaimana pun pesakit boleh juga mengalami masalah pada kedua belah mata contohnya kedua belah mata tidak boleh melihat ke kiri.

5. Mengalami salah satu atau semua gejala ini

Adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan jika mengalami salah satu petanda strok di atas terutama secara tiba-tiba. Rawatan awal amat penting dalam menangani penyakit strok.

Sumber: prevention.com & healthywomen.org

BACA: Punca Orang Jatuh Di Bilik Mandi Dan Terus Kena Stroke Didedahkan

You might also like
Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.