Harga Durian Musang King Terlalu Yahudi Meskipun ‘Lahir Dan Membesar’ Di Malaysia, Ini Sebabnya

Sering kali mendapat kritikan ramai kerana terlalu mahal, durian Musang King selalu dilabel sebagai harga ‘Yahudi’ meskipun proses ‘kelahiran dan membesar’ adalah di Malaysia.

Boleh mencecah sekitar RM80 untuk sekilogram, harga raja buah ini bergantung kepada gred yang dipilih oleh pembeli.

Rahsia di sebalik harga Yahudi durian Musang King

Menurut seorang pengusaha Dusun Tok Bak, Jalan Kempas Lama, Johor Bharu, Md Mujahit Rahmat, durian jenis Musang King mahal adalah disebabkan proses penjagaannya yang agak rumit selain daripada nilai komersial yang dimiliki raja buah ini.

Meskipun sedar harga raja buah ini sering dikritik orang ramai, Mujahit enggan mengambil pusing mengenainya.

“Penjagaannya terlalu rumit, tidak boleh terlebih atau kurang air. Ketika tanaman (pokok Musang King) masih kecil, ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

Oleh kerana itu, pekebun akan meletakkan jaring sebagai pelindung dan cuaca memainkan peranan penting.

BACA: Cara Menanam Benih Durian Musang King Yang Betul, Hasil Pasti Puas Hati!

Ini kerana baja akan ditabur pada musim hujan dan kemudian memerlukan tujuh hingga 10 hari berterusan tanpa hujan. Namun, cuaca kini tidak menentu dan sejak kebelakangan ini pula kerap hujan jadi penghasilan buah berkurangan seterusnya menyebabkannya dijual pada harga mahal.”

Perkara tersebut turut diakui seorang lagi pengusaha kebun buah-buahan di Pasir Mas, Kelantan, Mohd Nor Hisham yang menjelaskan kos penjagaan Musang King bukan sahaja terhad kepada baja dan pengairan tetapi juga racun dan ‘perisai’ seperti pagar bagi menghalang kawasan tanaman diserang haiwan.

Durian Musang King

“Ikutkan Durian Musang King daripada anak benih lagi penjagaannya sudah remeh dan disebabkan itu, harganya mahal kerana agak lama bagi mendapatkan hasil. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk tanaman membesar menjadi pokok penanti sebelum ‘dikahwinkan’ dengan jenis durian dimahukan.

Penjagaan di nurseri agak mudah kerana pokok di dalam ‘polibag’ dan masih bersaiz kecil jadi hanya perlu diletakkan baja organik serta disiram setiap hari.

Berbeza buat pekebun Durian Musang King kerana cabaran dihadapi mereka bergantung kepada saiz kerana pokok setinggi 0.3 meter lebih sukar (dijaga) berbanding lebih besar dan tanaman itu perlu mengambil kira faktor tanah, air dan sukatan baja.”

Sumber: Harian Metro

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × 5 =