Keliru Perbezaan Expired Date, Use Before Dan Use By? Jom Baca Penjelasan Ni

Korang mesti dah biasa nampak perkataan EXPIRED DATE, USE BEFORE dan USE BY dekat makanan yang korang beli kan? Ke korang terus beli je tak check date tu semua?

Jangan tau, sebab date tu semua sangat penting untuk korang tahu sama ada makanan tersebut masih selamat dimakan ataupun tidak!

Setiap proses makanan yang dijual mesti ada tarikh yang ditetapkan pada label plastik, ini bertujuan untuk menjaga tahap kualiti makanan tersebut.

Tetapi, korang kena tahu jugak perbezaan label Expired Date, Use Before dan Use by!

1. Best Before

Biasanya, kalau label Best Before ini ada pada makanan yang di pek segar selama 90 hari atau kurang. Ia juga dilabelkan begitu sekiranya makanan atau item tersebut di pek di tempat lain dan bukannya dijual terus di kedai tempat produk itu dibeli.

Paling penting sekali, korang kena tahu setiap kesegaran makanan selepas tarikh Best Before akan berkurangan dan ia bergantung kepada cara penyimpanan produk tersebut. Contohnya, roti.

Kiranya, label Best Before memberi info mudah iaitu: selepas tarikh ini ; kesegaran, rasa, nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah! Korang boleh gunakan deria hidu, bau dan rasa untuk menilai kualiti makanan tersebut. Jika ragu, buang je.

2. Use Before/ Use By

Label ini biasanya digunakan untuk produk makanan yang perlu dimakan sebelum tarikh yang dicetak. Tujuannya untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pengguna. Kalau makanan yang rosak korang termakan mesti mengundang bahaya! Sebab itu, sebelum makan, korang kene check dulu label sebelum makan!

expired date, use before, use by, perbezaan tarikh luput, tarikh luput makanan, semak tarikh luput makanan

Beza Use Before dan Best Before??

Use Before:
Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh Use Before.

Best Before:
Masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di rak jualan.

3. Tarikh Luput (Expired Date)

Expired Date selalunya korang boleh tengok pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi. Diingatkan! Selepas tarikh luput, produk tersebut tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ia tidak boleh di makan dan perlu dibuang.

Jadi, lepas ini kalau korang nak beli sesuatu barang makanan, korang mesti kene check dulu semua label tarikh yang ada tau! Jangan ambil mudah perkara ini, sebab kalau korang termakan makanan yang sudah rosak, pasti akan menjejaskan tahap kesihatan! JAGA-JAGA!

Jika anda suka dengan artikel perbezaan expired date ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty − five =