Buat Sendiri Ikan Lengat Yang Sedap. Mudah & Ringkas Inilah Cara-Caranya!

Pernah cuba makan ikan lengat? Ha…bagi yang biasa, pasti tahu macam mana seleranya kalau makan lauk ni kan? Kalau orang pantai timur, ikan lengat ni dikenali dengan nama ikan rebus atau ikan kukus. Ada rasa masam-masam masin sikit. Memang sedap! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahannya.

IKAN LENGAT HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg ikan temenung lemak – boleh juga guna ikan kembung atau sardin
  • 4 sudu makan garam – lebihkan 3 kali ganda jumlah garam yang kita guna untuk ikan goreng biasa
  • 10 keping asam gelugur/ keping – ikut selera masing-masing nak masam atau tak

CARA MEMASAK:

1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.

Ikan Lengat[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Ikan Lengat

2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.

Ikan Lengat

Ikan Lengat

3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.

4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.

Ikan Lengat

5. Selain goreng, ikan lengat ni sesuai juga dimasak sambal atau masak asam.

Kredit resipi & foto: Salmah Wawa[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten + eight =