Cara Mudah Buat Pencuci Muka Homemade, Guna 5 Bahan Ni Je!

Penjagaan wajah paling asas ialah mencuci muka setiap hari selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Ini kerana pendedahan wajah kepada habuk dan cahaya matahari boleh membuatkan kulit muka kita kering dan juga kusam.

Namun bukan semua pencuci muka di pasaran sesuai dengan semua jenis kulit wajah. Ada yang pakai tak sampai beberapa bulan sudah menunjukkan kesan positif dan tidak kurang juga kesan negatif seperti kulit menjadi nipis dan kemerahan.

Bertukar pencuci muka hingga menemui pencuci yang benar-benar sesuai dengan kulit muka kita memang rumit. Adakalanya jika tidak sesuai, kulit jadi berminyak dan tak kurang juga muncul jerawat-jerawat kecil.

Langkah paling selamat buat jenis muka ini adalah cuba melakukan pencuci muka sendiri di rumah. Menggunakan bahan alami? Itulah yang sebaiknya kerana tiada risiko atau keradangan yang boleh menjejaskan kulit muka kita.

Wanita bernama Kamilia Razmiza Kamaruddin ini antara yang berjaya menghasilkan sendiri pencuci muka. Memang hebat! Jom ikut caranya.

pencuci muka DIY, homemade pencuci muka, cara buat sendiri pencuci muka, petua buat pencuci muka, jaga muka,penjagaan wajah

Haa ni dia pencuci muka homemade tapi Lia tak pakai buah-buahan yang Lia janjikan hari tu sebab terlupa nak beli. So Lia guna bahan ni saja.

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (2 cawan)
  • Timun
  • Tomato
  • Lobak merah
  • Limau kasturi (boleh gantikan dengan lemon atau oren)
  • Air secukupnya

Caranya:

pencuci muka DIY, homemade pencuci muka, cara buat sendiri pencuci muka, petua buat pencuci muka, jaga muka,penjagaan wajah

  1. Kisarkan semua bahan tadi.
  2. Air jangan pula terlalu banyak, anggarkan sahaja agar jangan terlalu cair.
  3. Kalau adunan cair boleh tambahkan sedikit tepung.
  4. Tuangkan ke dalam bekas kecil supaya senang hendak digunakan.

pencuci muka DIY, homemade pencuci muka, cara buat sendiri pencuci muka, petua buat pencuci muka, jaga muka,penjagaan wajah

Lia pakai dua cawan tepung untuk cucian muka 1 hingga 2 minggu. Cara nak pakai pula ikut suka. Kalau nak cuci muka macam biasa pun okei, nak sapu dan keringkan dulu kemudian baru bilas, pun okei.

pencuci muka DIY, homemade pencuci muka, cara buat sendiri pencuci muka, petua buat pencuci muka, jaga muka,penjagaan wajah

Pesanan Untuk Kulit Kering Dan Sensitif
Kalau untuk kulit jenis ini, kurangkan buah-buahan citrus seperti limau, oren, lemon), takut kulit makin kering atau jadi radang kulit bagi yang terlalu sensitif. Kalau lepas pakai kulit rasa sakit atau ada kesan, berhenti dahulu.

Boleh lebihkan tomato dan timun. Nak lagi best boleh juga tambahkan madu dan susu tepung. Pencuci ni boleh buat masker muka juga tau. Sesuai sangat untuk kombinasi kulit berminyak dan berjerawat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment