Inilah 5 Tanda Penyakit Kronik Yang Disangka Sakit Biasa, Tolong Peduli Jangan Sampai Merana Nanti!

Inilah 5 Tanda Penyakit Kronik Yang Disangka Sakit Biasa, Tolong Peduli Jangan Sampai Merana Nanti! | Aduhai, kenapalah sejak akhir-akhir ni belakang badan asyik sakit aje. Sudah sapu minyak angin pun tak lega-lega. Tak apalah letak banyak sikit, mesti ok lepas ni.

Itu yang sering saya lakukan apabila terasa sengal-sengal badan dan pening kepala. Biasanya sesakit mana pun, saya akan tahan dan bergantung pada minyak angin daripada berjumpa dengan doktor.

Penyakit Yang Biasa Sebenarnya Mungkin Tanda Penyakit Kronik

Tapi, tahukah jika anda kerap rasa sakit di anggota badan, ia satu tanda penyakit kronik dan tubuh anda sebenarnya bermasalah? Segera berjumpa dengan pakar jika anda kerap:penyakit kronik, 5 tanda penyakit kronik, tanda penyakit kronik, ciri-ciri penyakit kronik, simptom penyakit kronik,

1. Sakit kepala di waktu pagi
Biasanya apabila kita sakit kepala setiap pagi, kita akan kaitkan dengan kurang tidur dan kurang rehat.
Tapi, jika asyik sakit kepala dan semakin teruk setiap hari diselangi dengan muntah mahupun batuk-batuk, segera dapatkan rawatan kerana ia menyerupai simptom penyakit Primary Brain Tumor.

BACA JUGA: Perkongsian Petua Rawatan Secara Islam Untuk Sakit Kepala. Jom Amalkan Untuk Yang Kerap Migrain..

2. Sakit perut yang teruk
Perut jika tidak dijaga boleh menjadi punca pelbagai penyakit antaranya gastrik dan ulser. Jika terasa sakit perut yang keterlaluan sehingga keluar darah ataupun najis menjadi kehitaman, elak melambatkan berjumpa dengan doktor.

3. Bengkak pada satu kaki
Jika satu kaki rasa sakit-sakit diikuti dengan bengkak pada buku lali, ia menandakan adanya darah beku.
Manakala jika kedua-kedua kaki bengkak, ia berkaitan dengan kegagalan jantung berfungsi seperti normal. Jangan biarkan sakit ini berlanjutan.

4. Sakit belakang pada waktu malam
Biasanya ia dikaitkan dengan aktiviti siang yang banyak bergerak dan juga peningkatan umur.
Namun, jika sakit belakang sering mengganggu tidur hingga kurang rasa lena, amat digalakkan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.5 tanda penyakit kronik, tanda penyakit kronik, ciri-ciri penyakit kronik, simptom penyakit kronik,

5. Rasa kebas seperti mencucuk-cucuk di kaki
Jika sering mengalami simptom ini, ia ada berkaitan dengan penyakit kencing manis.
Perlu diingati, kencing manis adalah salah satu penyakit berangkai yang diikuti dengan darah tinggi seterusnya sakit jantung.

Jangan malas jumpa doktor!

Awas dengan tanda penyakit kronik kerana ia mampu merebak atau menjadi lebih buruk dengan cepat. Jika semua simptom sudah jelas, janganlah kita membiarkan sahaja kerana rela tidak tahu penyakit yang dihidapi. Bukankah lebih baik mendapatkan rawatan awal daripada terlambat?

BACA JUGA: Makanan Yang Disyorkan Dan Patut Dielakkan Untuk Kawal & Cegah Diabetes – Doktor Hamid Arshat

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eight + 13 =