Home All Petua Kecantikan Diri Lutut & Siku Hitam? Gadis Ini Kongsi Cara Macam Mana Nak Cerahkan...

Lutut & Siku Hitam? Gadis Ini Kongsi Cara Macam Mana Nak Cerahkan Kembali

5731
1
siku hitam

Lutut & Siku Hitam? Gadis Ini Kongsi Cara Macam Mana Nak Cerahkan Kembali | Menjaga kebersihan diri adalah satu kemestian buat kita, lepas lakukan apa sahaja, seperti bersukan atau terkena kotoran, kita pasti akan mandi dan cuci apa yang patut.

Bukan itu sahaja, penggunaan alat mandian juga sedikit sebanyak menjadi ejen untuk menghilangkan kotoran, seperti daki atau kesan alat solek, dengan menggunakan berus mandian.

Buku lali atau siku hitam dan kasar secara tidak langsung menjejaskan penampilan seseorang. Tapi tahukah anda apa punca sebenar buku lali dan siku menjadi hitam?

Warna kulit dibahagian siku dan buku lali menjadi hitam adalah disebabkan hiper – pigmentasi kulit. Dan secara tidak langsung akan menjadi kasar. Disamping itu, faktor umur, faktor keturunan juga menjadi penyebab utama siku dan buku lali menjadi hitam.

Ada juga beberapa bahagian pada badan yang mana kelihatan gelap seperti di bahagian pelipat, lutut, buku lali atau pun siku.siku hitam, lutut hitam, cara putihkan siku, cara putihkan lutut, petua putihkan siku, petua putihkan lutut

Sebelum ini dah cuba pelbagai cara untuk cerahkan lutut dan siku hitam, tapi ia tetap tidak berhasil untuk memutihkan atau bersihkannya.

Cara Untuk Cerahkan Kembali Lutut atau Siku Hitam

Bagi seorang pengguna akaun Twitter, @amaazmi, telah kongsikan satu siri Tweet dalam membersihkan kawasan yang bermasalah daki atau berkerak seperti siku hitam. Mari kita lihat caranya.
siku hitam

Ini kegunaan losyen, berus kayu/plastik dan ‘body wash’

Boleh pakai stoking dekat rumah, elok untuk kulit kering dan tumit kaki merekah.

Beberapa jenis ‘scrub’ yang boleh digunakan, bergantung pada keadaan kulit.

Berapa kerap nak ‘scrub’?

Apa yang telah dipraktikkan dengan cara ini, ianya berkesan, tapi tidak semua kawasan akan putih, ia lebih kepada kelihatan cerah dan bersih. Tidak lah nampak jelas sangat siku hitam tu!

Jangan lupa untuk berus badan, ianya sangat penting.

Ada bahagian yang sukar untuk hilangkan, Cuma perlu gosok secara lembut, kerana kulit di bhagaian tersebut lembut dan sensitif.

Perkongsian ini berdasarkan apa yang tekah dilakukannya sendiri, seperti yang dikatakannya, apa yang penting juga adalah perlu rajin, untuk berus mana-mana kawasan yang berkenaan.

Sumber: Twitter @amaazmi

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here