Kulit Muka Berminyak?? Jom Buat DIY Toner Sendiri Untuk Kulit Wajah Korang,Senang Je!

Masalah kulit berminyak boleh diselesaikan dengan DIY toner ini. Ia membantu mengecilkan liang-liang besar dan mengurangkan juga jerawat pada kulit muka

Untuk pengetahuan korang, teh hijau mempunyai  ciri-ciri yang boleh mengurangkan masalah jerawat dimana ia merupakan anti-radang. Selain itu, epal cider cuka pula membantu mengurangkan kulit berminyak pada kulit.

Jadi bahan-bahan yang korang perlukan adalah :

-1 uncang teh hijau-3/4 cawan

-Cuka Epal Cider-1/4 cawan

-Minyak Pokok Tee- beberapa titik

-Minyak Lavender( beberapa titik_
Kenapa pokok the dan juga minyak lavender turut diperlukan?

Pokok Teh membantu melawan jerawat, bintik hitam. Manakala minyak lavender pula dapat memeranngi jerawat serta keradangan kerana minyak ini mempunyai ciri-ciri anti-radang dan juga anti-bakteria

Cara yang korang perlu lakukan:

1)Rendam uncang teh hijau bersama 3.4 air panas dalam cawan

2) Tuang air teh hijau dalam balang

3) Kemudian , korang letak ¼ cawan cuka epal cider dalam balang dan kacau hingga sebati

Cara nak guna toner ni :

Korang celup kapas dalam campuran itu dan guna pada wajah. Lakukan secara perlahan-lahan tau.  Kalau taknak guna kapas, korang boleh guna dalam bentu semburan pada muka. Jadi, tuang sahaja campuran itu dalam botol semburan

-Dah pakai toner ini dna jangan bilas dahulu. Korang kena biarkan ia kering.

-Untuk hasil yang berkesan, korang guna 2 kali sehari pada wajah muka
-Kena ingat, toner ini boleh disimpan dalam peti sejuk selama 10 hari sahaja tau.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment