Inilah Cara Mudah Buat Kuih Cakoi Sedap Tanpa Guna Yis.

Inilah Cara Mudah Buat Kuih Cakoi Sedap Tanpa Guna Yis. | Kuih Cakoi. Kalau makan panas-panas, makan begitu sahaja pun boleh habis 2-3 keping. Kalau cicah kuah kastard, lagilah best.

Bagi anda yang nak cuba buat Kuih Cakoi secara homemade, resipi perkongsian saudari NunuPessa Hik ni antara yang mudah dicuba. Beliau tidak menggunakan yis.

Nampak mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

RESIPI KUIH CAKOI SEDAP TANPA GUNA YIS

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm tepung gandum.
  • 250gm susu segar
  • 1 sudu besar serbuk penaik.
  • 1/2 sudu besar soda bikarbonat
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu besar garam.(kalau suka manis, boleh ganti dengan gula)

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan campur sebati. Pada awal, doh memang sedikit melekit.

kuih cakoi

2. Uli sampai licin dan tak melekat di tangan.

kuih cakoi

3. Kemudian ratakan minyak masak ke seluruh permukaan doh.

kuih cakoi4. Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman.

kuih cakoi5. Canaikan doh memanjang seperti dalam gambar. Biarkan doh sehingga suhu bilik.

6. Potongkan doh berpasangan.

7. Ambil lidi celupkan ke dalam gelas tinggi yang berisi air dan tekan macam dalam gambar.

8. Kemudian ambil satu lagi potongan dan letak di atasnya.Tekan menggunakan chopstik.(atau apa-apa alat yang sesuai pun boleh)

9. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Tarik doh memanjang perlahan dan terus masukkan dalam minyak.

10. Minyak kena cukup panas dan sentiasa balik-balikkan cakoi supaya masak sekata.

11. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: NunuPessa Hik

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four − two =