Ustazah Norhafizah Kongsi 3 Cara Tangani Anak Bermasalah Yang Selalu Buat Mak Ayah Menangis!

Ustazah Norhafizah Kongsi 3 Cara Tangani Anak Bermasalah Yang Selalu Buat Mak Ayah Menangis! | Proses mendidik dan membesarkan anak-anak sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan.Dalam ramai anak-anak, pasti adanya seorang dua anak bermasalah yang boleh membuatkan mak ayah menangis dengan perangai mereka yang sukar untuk diuruskan.

Menerusi perkongsian oleh pendakwah Datuk Ustazah Norhafizah Musa didalam Forum Perdana Keluarga SAKINAH terdapat 3 cara bagi menangani anak bermasalah ini.

Berikut antara intipati perkongsian ringkas tersebut;

“Bila cakap pasal anak-anak, kadangkala kita kita tak sentuh secara detail anak-anak yang kita anggap bermasalah. Anak yang selalu buat kita menangis. Ada tak dikalangan anak-anak, seorang dua yang selalu buat hati kita menjerit? Ada atau tidak. macam mana nak buat dengan anak-anak ini?Jika dibiarkan ia akan menambah statistik-statistik gejala sosial yang lain.Jadi anak-anak yang selalu kita kata buat kita menangis harus ditangani.”anak bermasalah

Tangani dan pertimbangkan anak bermasalah dengan cara ini:

1. Jangan Buang Anak-Anak Daripada Hati Kita

Jangan sampai kita kata “dahlah biarlah dia, lantak dialah.. mak dah tak fikir pasal dia, dia nak jadi apa dia punya pasal. Mak dah redha dah dia jadi apa pun.Ini semacam ayat yang menafikan anak ada dalam hati kita.Kalau seorang ibu dan ayah dah buang anak dia, fikirlah siapa nak sambut anak itu. Malah lebih dasyat anak-anak yang ibu ayah telah dibuang dari hatinya, berpontensi untuk mendapat laknat daripada Allah, sebab ibu bapa tidak bersedia untuk meletakkan anak dalam hati lagi.

Selagi mana anak masih ada ruang dihati kita, percayalah insya allah dia ada peluang untuk berubah dan jadi anak yang soleh. Doa mak ayah adalah doa yang mustajab cuma prosesnya kita perlu laluinya dengan tenang.

2. Sebelum Mengubah Anak-Anak Dekati Mereka

Dekatilah anak-anak dahulu sebelum mengubahnya.Mendekati anak-anak lebih besar daripada mengubahnya.Mengubah akan datang bilamana kita mendekati mereka.Tengoklah anak, peganglah tangan anak-anak, duduk sebelah anak, perhatikan dia ketika tidur. Insya allah jalan untuk berubah akan ada.Dekatilah anak itu.

3.Sesuaikan Harapan Munasabah Buat Anak Bermasalah

Anak yang bermasalah sesuaikanlah dengan harapan munasabah yang realistik. Contohnya jika anak kurang cemerlang dalam akademik, jangan harapkan anak boleh ambil bidang sains, jadi doktor pakar.

Sebaliknya sesuaikan dengan harapan seperti insya allah mak harapkan kamu jadi anak yang berguna, ada kemahiran, boleh jaga diri sendiri, boleh cari nafkah sara hidup, bila dah kahwin boleh jaga anak orang dengan baik, boleh anak-anak dengan baik dan boleh jaga adik beradik. Sesuaikan keutamaan dengan lebih baik.

Bila kita dah tua, lihat pengalaman orang lain.Susah untuk mendapat komitmen daripada anak yang sudah berjaya.Cuba pandang masa depan yang jauh, mungkin anak-anak yang kurang bijak inilah yang akan menjaga diri kita bila dah tua. Berlemah lembut dengan anak bermasalah, Insya allah anak kita akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah meskipun dugaan untuk mendidik mereka lebih banyak usaha berbanding anak yang tidak bermasalah.

Semoga bermanfaat!

Sumber:Forum Perdana Keluarga SAKINAH

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × four =