Doktor Ini Berkongsi 5 Cara Terbaik Mengambil Karbohidrat Setiap Hari Supaya Anda Tidak Gemuk

Bagi mereka yang berdiet, memang ramai mengelakkan pengambilan karbohidrat kerana takutkan gemuk. Ada yang langsung tidak makan nasi ataupun roti dalam menu harian mereka. Disini dikongsikan cara terbaik ambil karbohidrat yang boleh dicuba.

1) Pagi, Petang Atau Malam?

Waktu pagi bersama protein. Kenapa pagi dan protein? Untuk naikkan serotonin pagi (hormon gembira) dan melatonin malam (hormon tidur) supaya gembira dan tidur malam selesa. Karbohidrat akan membawa L-tryptophan di dalam makanan protein MASUK KE DALAM OTAK untuk ditukarkan kepada serotonin seterusnya melatonin.

Tanpa karbohidrat, tryprophan akan dihalang oleh lapisan penghalang otak. Serupa lah naik highway kena ada pitis (karb), kalau takde tak boleh lepas.

2) Sebelum Tidur Atau Selepas Bangun Tidur?

Selepas bangun tidur adalah waktu terbaik untuk mengambil karbohidrat. Sedikit karbohidrat selepas beriadah waktu petang juga tiada masalah. Elakkan mengambil karbohidrat di waktu malam terutama bagi orang yang mempunyai masalah sistem pencernaan. (Masalah refluks, alahan, dll)

Waktu malam waktu untuk rehat. Sistem pencernaan juga perlu rehat. Jika makanan karbohidrat anda tidak hadam, ia akan menjadi makanan kepada kuman perut.

Kuman perut ini akan makan nasi roti yang tak hadam dengan baik itu dan mereka akan sendawa dan kentut ramai-ramai. Bakteria yang cukup makan ini akan beranak ramai-ramai dan menghasilkan gas yang menyebabkan perut kembung, sakit perut, cirit birit dan malnutrisi.karbohidrat

Anda boleh dapat masalah berlebihan kuman dalam perut yang dinamakan SIBO. Antara simtom SIBO:

  • Perut kembung.
  • Cirit-birit.
  • Kurang penyerapan zat.
  • Sakit perut atau sebu perut
  • Lemah lesu badan

Selain itu anda mungkin berisiko menyebabkan keradangan dan masalah IBS/IBD anda makin teruk. Kajian juga menunjukkan makan karbohidrat waktu malam menyebabkan paras gula paling teruk selepas makan waktu pagi. Pesakit diabetes perlu peka dengan maklumat ini ya.

3) Karbohidrat Selepas Bersenam Membina Otot

Simple. Kita makan karbohidrat macam nasi, roti, mee, biskut, kek, kuih-kuih. Kalau tak bergerak duk melekat kat kerusi pejabat tu, insha Allah gemuk. Insha Allah senang dapat kencing manis, nauzubillah.

Karbohidrat/gula ni bila tak guna akan simpan tenaga berlebihan daripada makanan ni sebagai lemak. Selepas bersenam, kita mahu cepat-cepat meningkatkan paras hormon anabolic (membina dan membaiki badan) iaitu insulin.

Sebab tu atlet selalu ambil minuman gula ringkas seperti dextrose dan karb cepat serap seperti maltodextrin. Keduanya sangat tinggi indeks glisemik yang akan mencanak naikkan paras insulin yang akan membina otot.

Alaaa, air tin tu banyaklah dextrosenya. Pandai lah korang baca label ya. Saya tak minat sangat manis-manis takut kena potong kaki. Jangan ingat gula ini tak sihat untuk pesakit diabetes sahaja ya.

Kalau nak ambil karbohidrat kompleks. Baik ambil sejam selepas bersenam berat. Ini bagi mengelakkan masalah penghadaman kerana lepas bersenam, darah dan oksigen banyak pam ke otot. Kita nak besarkan otot bukan untuk bina badan semata. Tapi untuk kurus dan untuk sihat.

4) Selepas Makan Sedikit Buah

Sedikit buah betik ke, nanas ke, pisang, mangga ke akan meningkatkan enzim pencernaan dan asid perut. Amalan ini bagus utk membantu pencernaan karbohidrat dan juga protein.

Jangan melebih sangat asid perut melambung, tertonggeng pulak stres nanti. Banyak sangat juga tak digalakkan kerana air yang banyak sebelum makan mungkin akan cairkan enzim dan asid perut.

5) Kunyah Banyak Kali

Selain makan pisang, mangga yang naikkan enzim amylase, mengunyah banyak kali merembeskan lebih banyak enzim ini yang membantu pencernaan karbohidrat.

Rumusan

Saya rumuskan ya:

Cara terbaik ambil karbohidrat:

  • Pagi.
  • Bersama protein.
  • Selepas bersenam berat sekejap.
  • Makan buah sikit sebelumnya.
  • Kunyah banyak kali.

diet karbohidrat, kepentingan karbohidrat, apa itu karbohidrat, cara pengambilan karbohidrat, cara betul ambil karbohidrat, diet low carb, diet high carb

Cara kurang baik ambil karbohidrat:

  • Waktu malam terutama sebelum tidur.
  • Ataupun ambil banyak-banyak tapi tak kerja/bersenam.
  • Makan gelojoh telan cepat-cepat.
  • Minum banyak-banyak sebelum makan.

Oh ini bukan kitab wahyu. Tak perlu begitu serius. Ia cuma cara saya praktis berdasarkan kajian saintifik yang ada. Saya terbuka untuk cadangan lebih baik. Kalau nak try eksperimen boleh cuba telan laju-laju banyak-banyak roti biskut nasi tengah malam, tengok apa jadi waktu pagi nanti..

Dong say ai ding wong yew..

Kredit: Doktor Hafiz Sulaiman

Yang dah lupa apa sebenarnya karbohidrat ni dan kepentingannya dalam tubuh badan kita boleh tengok balik video ni:

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 5 =