Home All Pengetahuan Am Ilmu Hutan, Ketukan Banir Bantu Beri Isyarat Jika Tersesat Dalam Hutan.

Ilmu Hutan, Ketukan Banir Bantu Beri Isyarat Jika Tersesat Dalam Hutan.

3093
0
banir
Ilmu Hutan, Ketukan Banir Bantu Beri Isyarat Jika Tersesat Dalam Hutan. 1

Ilmu Hutan, Ketukan Banir Bantu Beri Isyarat Jika Tersesat Dalam Hutan. | Berita orang sesat sewaktu mendaki gunung dan menjalankan aktiviti rekreasi dalam kawasan hutan simpan sudah kerap didengar.

Sebagai langkah keselamatan, sebelum mulakan aktiviti yang digemari, pastikan setiap pendaki, sama ada secara individu mahupun berkumpulan perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum memulakan pendakian.

Kebanyakkan kes orang sesat dalam hutan dan pergunungan ialah mereka yang masuk tanpa kebenaran daripada pihak tertentu. Antara punca lain berlakunya kejadian itu ialah gemar masuk hutan atau mendaki gunung pada waktu yang tidak sesuai.

Pendek kata, dengar nasihat orang yang lebih mahir selok-belok di kawasan tersebut atau tidak pun anda mempunyai sedikit ilmu pengetahuan dalam hutan untuk mengahadapi saat kecemasan.

Pekongsian seorang individu ini di sosial medianya diharap dapat memberi anda sedikit ilmu hutan.

Yang selalu masuk hutan, mesti selalu nampak benda ini kan?

banir

Untuk makluman anda, benda ini dipanggil banir. Banir ini mempunyai sangat banyak kegunaan terutamanya bagi mereka yang tersesat dan memerlukan pertolongan.

Bagaimana caranya untuk menghantar Isyarat kecemasan/meminta bantuan menggunakan banir ini apabila tersesat di dalam hutan?

banir

Ikut langkah-langkah ketuk banir dibawah:

  1. Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan
  2. Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat
  3. Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain
  4. Pastikan anda menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar

Tahukah anda bahawa bunyi yang terhasil daripada ketukan ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi anda ketika itu.

Kredit: Roslan

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here