Inilah 11 Kesilapan Perlu Elakkan Ketika Masak Telur,Barulah Hasilnya Elok Sempurna

Telur mengandungi protien yang tinggi dan cukup mudah disediakan. Boleh dikatakan telur merupakan bahan wajib yang mesti ada di dapur. Macam-macam menu boleh disediakan dengan telur ni.Rupanya walauun mak-mak sekadar nak menyediakan telur goreng mahupun telur rebus, ada caranya yang tersendiri barulah hasilnya telur jadi sempurna.

11 kesilapan ini mak-mak perlu elakkan ketika masak telur.

1. Tak Guna Non-Stick Pan

Non-Stick Pan atau kuali tak lekat ini merupakan peralatan yang mak-mak perlu guna untuk masak telur. Ia memudahkan kerja menggoreng telur, sama ada nak buat telur goreng atau telur dadar, terutama ketika mahu menterbalikkan atau mengangkatnya. Malah tidak perlu menggunakan minyak atau sedikit sahaja minyak yang diperlukan. Belilah non-stick pan yang berkualiti dan jaga dengan baik. Jangan pakai senduk atau sudip besi tau! Tercalar pula nanti.

2.Pecahkan Telur Terus Dalam Kuali

Untuk membuat telur dadar atau telur hancur yang terbaik, telur putih dan kuning perlu dihancurkan dan dikacau sebati.Jangan pecahkan telur terus ke dalam kuali dan lepas tu baru kacau. Salah tu! Jadi pecahkan dulu dalam mangkuk, kacau sebati dan barulah dimasukkan ke dalam kuali.

3.Tak Guna Mentega

Kalau nak dapatkan telur hancur atau telur dadar yang sedap, cantik dan berkrim, mak-mak perlu gunakan mentega. Ini kerana rasanya lagi sedap dari menggunakan minyak biasa. Tapi janganlah pakai sebuku pula. Berpada-padalah.

4. Kuali Terlalu Panas

Nak hasilkan telur yang sempurna kena tahu gunakan kepanasan yang sesuai. Jangan gunakan api yang besar dan menyebabkan kuali jadi terlalu panas sehingga berasap-asap. Untuk memasak telur hancur atau telur dadar yang sempurna memadai gunakan api yang perlahan. Jangan tergesa-gesa menggunakan api yang besar. Ia mungkin akan mengambil masa lebih lama, tapi hasilnya gerenti jadi lebih baik.

5. Tak Kacau Telur Dalam Kuali

Untuk hasilkan telur hancur yang cantik dan sempurna, telur perlulah selalu dikacau sambil goyang kuali tersebut. Barulah telur tidak hangit dan berkerak.

6. Masak Terlalu Lama

Ini juga antara kesilapan yang ramai selalu buat. Telur hancur yang paling sedap dan dimakan jika ia masih lembut dan lembik. Jika terlalu masak ia jadi kering dan keras.Jadi bila telur hancur macam dah hampir masak, tutup api. Nanti haba yang tertinggal akan memasak telur tersebut dengan sendirinya.

7.Pecahkan Telur Terus Dalam Air

Untuk buat telur carak (poached egg) pula, caranya pastikan telur dipecahkan didalam mangkuk dahulu baru lah dimasukkan ke dalam periuk berisi air mendidih. Ia bukan apa bagi memastikan telur masih dalam keadaan baik dan kuning telurnya tidak pecah. Barulah dapat poached egg yang sempurna!

8. Kuali Tidak Cukup Panas

Ini jugak satu kesilapan ketika menggoreng telur. Bila kuali tidak cukup panas, ia akan menyebabkan telur tersebut menyerap minyak dengan lebih banyak. Sekaligus membuatkan telur jadi berminyak-minyak dan tak sedap dimakan.

9. Guna Telur Segar Untuk Telur Rebus

Mungkin ramai yang fikir, lagi segar telur itu, lagi elok. Sebenarnya ia bergantung kepada teknik masakannya. Untuk memasak telur carak (poached egg) , memang perlukan telur yang sesegar mungkin tapi untuk telur rebus pula, telur yang lama lebih senang untuk dikupas.

10.Tak Letakkan Telur Rebus Dalam Air Sejuk Sebaik Siap Direbus

Bagi memudahkan telur senang dikupas kulitnya, jangan biarkan telur yang telah dimasak terendam dalam air panas sebaliknya buang air didihan tersebut dan rendamkan dalam air sejuk. Setelah itu kupas telur dengan segera, hasilnya telur lebih mudah dikupas dan permukaannya juga licin dan cantik.

Ketahui cara nak dapatkan masakan telur yang sempurna melalui video di bawah:

Sumber:buzzfeed

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment