Jamu Air Rebusan Rempah Daun Sirih, Amalkan Masa Berbuka, Ini Step By Stepnya! Minum Suam-Suam Panas

Seharian berpuasa, tubuh kita akan rasa letih ya amat. Lagi-lagi hari pertama. Sebab masa ini tubuh kita baru nak belajar detoks. Sebaik azan maghrib berkumandang, kita diajar makan kurma waktu berbuka. Sebab pada kurma ada zat yang bagus untuk orang yang berpuasa.

Selesai saja berbuka, apa kata kali ini cuba amalkan minum jamu air rebusan rempah daun sirih. Ini step by step membuat air rebusan yang dikongsi oleh Amanda Tan atau pembaca web Mingguan Wanita dah familiar dengan nama Amoi Jamu.

Bahan-bahan:

  • 3 lembar daun sirih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh kecil bunga cengkih
  • 1/2 sudu teh kecil buah pelaga
  • 1 inci halia tua

Langkah 1


Ketuk buah pelaga dan bunga cengkih supaya boleh keluar bau dan aromanya.

Langkah 2


Masukkan bahan-bahan ke dalam periuk bersih.

Langkah 3


Masukkan 5 cawan air ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sampai mendidih. Lepas mendidih, tutup periuk, tutup api dan diamkan periuk selama 10 minit.

Langkah 4


Tambahkan madu sebagai pemanis (jika perlu). Gunakan sudu plastik.

Air rebusan rempah daun sirih siap diminum.

Minuman Ini Sangat Bagus Untuk:

  • Merawat batuk
  • Rawat sakit tekak dan mulut
  • Menghilangkan bau badan
  • Mewangikan badan
  • Membuang angin badan
  • Melegakan urat saraf
  • Menyegarkan kembali badan
  • Merawat masalah keputihan untuk para wanita

Panduan Pengambilan:

Amalkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Minum air rebusan selepas makan , bila-bila masa sahaja sebagai air teh .

Nota Kaki

  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.
  • Sesuai diambil selepas datang bulan untuk mewangikan kembali badan.
  • Sudu Plastik digunakan untuk mengekalkan khasiat madu.
  • Air rebusan digalakkan minum suam-suam panas supaya melancarkan peredaran darah.
  • Tidak digalakkan menambah ais sebab ais akan menyukarkan proses penghadaman kita.
  • Bila amalkan air rebusan herba, tidak digalakkan minum air kelapa dalam waktu terdekat sebab air kelapa akan menawarkan/meneutralkan khasiat herba.

Jangan Tak Tahu

Ia juga sesuai untuk kanak kanak 5 tahun ke atas jika ada masalah batuk. Boleh beri dua sudu besar atau ikut keperluan badan.
Berjamulah untuk mengekalkan kesihatan badan kita menerusi cara tradisi.
Sumber/Foto: Amanda Tan @ Amoi Jamu via Mingguan Wanita

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment