Untuk Jadikan Sandwich Subway Anda Lebih Sedap, Bekas Pekerja Ini Dedah ‘Rahsia’ Nya!

Untuk Jadikan Sandwich Subway Anda Lebih Sedap, Bekas Pekerja Ini Dedah ‘Rahsia’ Nya! | Sebut sahaja Subway, ramai sudah terbayang keenakan sandwichnya. Apakah menu kegemaran anda?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @hajaarudin yang merupakan bekas pekerja Subway telah berkongsi beberapa tips untuk menjadikan sandwich subway anda lebih sedap. Ayuh ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

https://twitter.com/hajaarudin/status/1308408922592677893

1. Pilihan roti

Sandwich Subway

kalau mahu pilih roti yang sedap, pilih hearty italian dan request triple toast. Sumpah sedap and crunchy! Dia takkan soggy walaupun sudah sejuk dan bercampur dengan sos.

*Nota kaki: hanya roti Hearty Italian sahaja yang boleh double toast atau triple toast. Kalau roti lain seperti parmesan oregano, honey oat dan wheat tidak sesuai double toast nanti terlalu lembik.

2. Kombinasi sos

Sandwich Subway

Kombinasi sos yang paling sedap adalah ranch (minta lebih), thousand (minta lebih), sweet onion, mayonnaise, olive oil, chili dan BBQ. Kombinasi sos-sos ini sesuai untuk semua jenis menu termasuk salad dan wrap.

3. Sayur

Sandwich Subway

BACA JUGA :: Tinggi Nutrien Rendah Kalori, Kehebatan Arugula Untuk Yang Suka Makan Tapi Nak Kurus!

Kalau anda penggemar sayur, minta sahaja extra kerana tiada additional charge. Sos pun tidak ada additional charge, hanya daging dikenakan caj tambahan.

4. Sup cendawan

Tidak semua orang tahu yang Subway sebenarnya ada mushroom soup. Kalau anda order wrap, boleh cuba makan dengan mushroom soup. Sedap!

5. Jangan letak sos ketchup

Sos ketchup adalah sos yang paling tidak sedap. Jadi jangan sesekali anda letak sos ketchup pada sandwich, wrap atau salad anda. Rasanya akan potong stim kesedapan sandwich subway anda sebab rasanya masam-masam sikit terutama makan dengan meatball marinara memang spoil habis.

Rasa sandwich Subway sememangnya sudah sedap, bertambah padu apabila ikuti panduan yang dikongsikan oleh bekas pekerja Subway ini. Tunggu apa lagi? Bolehlah cuba di Subway terdekat anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen − 1 =