Ini Resipi Pretzel Ala Auntie Anne Anda Boleh Buat Di Rumah

Ini Resipi Pretzel Ala Auntie Anne Anda Boleh Buat Di Rumah | Pretzel merupakan antara makanan manis yang berasal dari negara Jerman selain dari waffle. Boleh juga dikategorikan sebagai makanan di bawah ‘golongan’ roti, pretzel dapat menambat hati sesiapa sahaja kerana rasanya yang lembut, enak dan mengenyangkan.

Buat anda yang merupakan peminat tegar pretzel dan selalu membeli pretzel Auntie Anne di pusat membeli-belah, ini masanya untuk anda cuba pula buat di rumah. Barulah puas makan!

RESIPI PRETZEL ALA AUNTIE ANNE

Servings Prep Time: 12 biji 80 minit

Cook Time: 10 minit

BAHAN-BAHAN RESIPI PRETZEL:

  • 2 cawan susu segar
  • 1 1/2 sudu besar yis
  • 6 sudu besar gula perang
  • 4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam halus
  • 1/3 cawan baking soda
  • 3 cawan air suam
  • 1/4 cawan garam kasar
  • 8 sudu besar mentega (dicairkan)

CARA PENYEDIAAN

Resipi Pretzel

1. Suamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)

2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.

3. Masukkan mentega dan gula. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.

4.Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.

5.Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.

6. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.

Resipi Pretzel

7. Preheat oven ke 230ºC. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.

BACA: Jom Cuba Resepi Roti Kopi Ala-Ala Roti Boy & Paparoti. Memang Gebu & Rangup!

8. Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper. Renjis dengan garam kasar.

9. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.

10.Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.

Resipi PretzelResipi Pretzel

Sedap dihidangkan dengan dipping sos: Sos Karamel, sos Coklat, serbuk kayu manis bergula, sos butterscotch, garlic cream cheese dan sebagainya. Semoga resipi pretzel ini boleh dijadikan menu tambahan minum petang anda sekeluarga!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

12 − nine =