Home All Petua Kenderaan Guna Cuka Dan Baking Soda Untuk Cantikkan Kereta

Guna Cuka Dan Baking Soda Untuk Cantikkan Kereta

Guna Cuka Dan Baking Soda Untuk Cantikkan Kereta 1

Perjalanan jauh memang sangat meletihkan, ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas yang berjam-jam terpaksa dihadapi pasti akan membuatkan anda merasa rimas dan tidak selesa.

Jika berada dalam keadaan begini, pastinya anda inginkan kereta berada dalam keadaan yang baik dan bersih kan. Tapi tak guna juga kalau hanya sekadar bersih di luar sahaja. Bagaimana dengan bahagian dalam, terutamanya pada bahagian panel.

Disini ada satu perkongsian bijak dari Encik Radi tentang bagaimana hendak mencuci bahagian dalaman kereta terutama pada panel pintu.

cuci kereta, bersihkan kereta, bersihkan dalaman kereta, cara bersihkan dalaman kereta, bersihkan kereta sendiri, DIY bersihkan kereta

Bahan yang digunakan;

  • Cuka
  • Baking Soda

Caranya pula;

1. Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
2. Kacau dan masukkan dalam botol spray.
3. Spraykan cecair tadi ke panel pvc kereta anda.
4. Gunakan berus lembut dan layang-layangkan pada bahagian yang kotor.
5. Lapkan dengan kain microfibre.

Selain daripada panel pintu anda juga boleh spraykan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Baru lah bersih luar dan dalam. Bila ada feel macam kereta baru baru lah hilang rasa stress nak jalan jauh kan. Selamat mencuba!

BACA JUGA: Pemandu Manual Jangan Buat Seperti Ini Ketika Memandu

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here