Jangan Buang Lebihan Makanan Ke Tong Sampah. Cara Ini Akan Elak Dari Anda Terus Membazir

Sekitar 8 juta kilogram makanan dibuang di Negara ini setiap hari! Jumlah tersebut berupaya memberi makan sekitar 6 juta manusia sehari. Kalau dikumpulkan selama 18 hari, tingginya mampu menyamai bangunan berkembar Petronas (KLCC). Jika dikumpulkan pula bagi tempoh setahun beratnya boleh mencecah 2.92 bilion kg dan mengeyangkan 2.2 bilion.

Sememangnya Malaysia cukup makmur. Sisa binaan dan industeri, perbadanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, jumlah itu boleh dikurangkan sekiranya rakyat di Negara ini mengetahui cara-cara untuk menguruskan pemakanan yang betul.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan pembaziran makanan:jangan membazir makanan, bazir makanan, elak pembaziran makanan, buang lebihan makanan, cara elakkan pembaziran makanan

1. Mulakan amalan membungkus makanan – bungkus baki makanan yang tidak habis di makan, samada anda makan di rumah atau di restoran. Amalan membungkus makanan ini boleh membantu kita bukan sahaja boleh menyelamatkan makanan tersebut daripada terus dibuang malah boleh menjimatkan masa dan wang untuk membeli atau menyediakan makanan bagi hidangan yang berikutnya. Sekiranya anda tidak suka makanan tersebut, berikan kepada mereka yang mahukannya.

2. Bawa bekas makanan ke tempat makan – ini dapat memudahkan anda menyimpan makanan yang tidak dapat dihabiskan pada bila-bila masa yang dikehendaki. Ini kerana bukan semua tempat makan menyediakan bekas untuk menyimpan makanan. Selain daripada itu, penggunaan bekas makanan ini boleh mengelakkan penggunaan bekas makanan pakai buang.

3. Hanya beli makanan yang diperlukan – jangan beli makanan kecuali anda pasti boleh menghabiskannya. Ini kerana, bukan semua makanan boleh disimpan. Makanan seperti buah-buahan dan sayuran mudah rosak dan tidak boleh disimpan lama. Selain daripada itu, anda mungkin akan memaksa diri sendiri untuk menghabiskan makanan yang dibeli secara berlebihan, ini bakal mengundang masalah obesity akibat pengambilan kalori yang berlebihan.

4. Habiskan stok makanan di rumah terlebih dahulu – pastikan anda menghabiskan stok makanan yang sedia ada di rumah sebelum pergi ke pasar raya untuk membeli belah.

5. Elakkan membeli makanan yang tidak disukai – sekiranya anda makan di restoran dan mendapati terdapat jenis makanan yang tidak disukai dalam menu tersebut, beritahu pelayan restoran supaya tidak menghidangkannya. Sebagai contoh jika anda tidak menggemari sayur, anda akan tetap membayar harga yang sama tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan membuang sayur tersebut.

6. Kongsi makanan bersama keluarga – semasa makan bersama keluarga di restoran, jangan pesan makanan untuk setiap orang. Cubalah amalkan berkongsi makanan bersama ahli keluarga kerana kuantiti makanan yang dihidangkan tidak semestinya dapat dihabiskan oleh setiap orang. Sekiranya anda mahukan lagi, pesanlah makanan tersebut sekali lagi.

7. Sederhana semasa mengadakan majlis – sekiranya anda ingin mengadakan majlis kenduri, hari jadi dan sebagainya, lakukan perancangan yang sebaik – baiknya. Ambil pendekatan sederhana dalam pemilihan menu dan kuantiti makanan yang hendak dihidangkan. Makanan yang berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan pembaziran makanan malah meningkatkan masalah obesity. Jangan terikut-ikut dengan budaya menunjuk-nunjuk dengan mengadakan majlis secara besar-besaran.jangan membazir makanan, bazir makanan, elak pembaziran makanan, buang lebihan makanan, cara elakkan pembaziran makanan

8. Jangan memasak secara berlebihan – jika anda ingin menyediakan makanan di rumah, elakkan memasak makanan dengan kuantiti yang berlebihan. Cuba hadkan menu anda kepada hanya satu atau dua sumber protein, selebihnya ialah satu atau dua menu sayuran serta buahan.

9. Tidak makan berlebihan semasa buffet – Sebaiknya anda pilih buahan serta salah sayuran sebelum memilih makanan utama. Jangan ambil semua menu lauk pauk yang disediakan. Anda tidak mungkin dapat menghabiskan kesemuanya sekali gus. Hanya pilih menu yang disukai sahaja. Ingat sekiranya anda makan dengan mengikut hawa nafsu, anda mungkin akan mengalami obesity.

BACA JUGA: Cara Masak Pulut Yang Betul Agar Bila Makan Tidak Kena Angin Dalam Badan

10. Elakkan makan ketika terlalu lapar – Sekiranya terlalu lapar, secara automatic anda akan mempunyai keinginan untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya anda tidak mampu untuk menghabiskan kesemua makanan itu.

11. Sedekah – Amalkan sikap suka memberi. Jika anda masak berlebihan atau mempunyai bahan makanan yang tidak makanan yang tidak boleh tahan lama di peti sejuk, berikan sedikit makanan tersebut kepada jiran tetangga atau kawan-kawan di pejabat. Makanan yang tidak sesuai diberikan kepada manusia pula boleh diberikan kepada haiwan seperti kucing.

12. Bazar Ramadhan – pembaziran makanan paling kerap terjadi semasa bulan ramadhan. Ini kerana masa yang dibenarkan makan terhad dan kebanyakkan orang tidak dapat mengawal nafsu semasa membeli makanan untuk berbuka. Anda boleh mengawal dengan membawa hanya sejumlah wang yang telah ditetapkan oleh bajet anda. Anda juga perlu berdisiplin sebagai contoh hanya membeli satu jenis kuih setiap hari. Kuih yang lain boleh dibeli pada keesokkan hari pula. Sesetengah restoran makanan secara buffet sangat menitik beratkan isu pembaziran makanan ini.

Kesimpulannya pembaziran makanan dapat dielakkan dengan memberi didikan kepada masyarakat Malaysia supaya bijak memilih makanan serta mengawal kuantitinya. Didikan ini perlu dilakukan sejak kecil lagi, bermula dari rumah. Pengetahuan serta amalan pemakanan sihat dan seimbang juga boleh membantu mengurangkan masalah pembaziran makanan.

BACA JUGA: Makanan Wajib Ambil Bila Selalu Keletihan dan Kurang Bermaya

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

14 − 3 =