Dokumen Penting, Tulis Dan Simpan Di Tempat Suami Isteri Boleh Tahu

Dokumen Penting, Tulis Dan Simpan Di Tempat Suami Isteri Boleh Tahu | Bila dah menjadi suami isteri adalah penting menyimpan rahsia dan mengambil tahu dokumen penting yang pasangan kita miliki.

Penting tulis dan simpan dokumen penting pasangan seperti password telifon bimbit,akaun media sosial, no pin pada kad ATM, akaun simpanan yang dimiliki, sijil takaful, geran rumah, kereta, jumlah hutang dan sebagainya.

Bukan apa, ia sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini secara tiba-tiba contohnya meninggal dunia akibat kemalangan, segala dokumen telah dicatat dan disimpan sempurna bagi memudahkan segala urusan nanti.

Baca perkongsian daripada Jay Sf ini.

dokumen penting

Peringatan bagi kaum lelaki yang bergelar suami.Elakkan lah benda ini berlaku. Saya nak bantu pon tak dapat. Dokumen dokumen penting semua dalam phone. Nak deactivate semua kat phone.

BACA:Phishing Website! Taktik Terbaru Ini Buat Ramai Hilang Duit Dalam Akaun

Kejujuran dalam berkeluarga. Catat lah dalam buku masing-masing dan disimpan di tempat yang suami isteri boleh tahu. Sebab kita tidak tahu siapa “pergi” dulu.

  • Password phone
  • No Agent Insurans / Hibah
  • Jumlah hutang & siapa
  • Jumlah pemiutang & siapa
  • No pin bank card
  • Online Banking
  • Bussines Partnership jika ada
  • Listing hutang bank & card credit
  • Password peti besi (jika ada)

Untuk apa nak berahsia, kalau isteri nak check phone bagi je. Dari mula kita “Aku Terima Nikahnya” bermakna dia sebahagian dari hidup kita.

Takziah kepada sis ni.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat suami isteri. Tak perlu terlalu berahsia dalam menyimpan dokumen-dokumen penting ini. Berkongsilah, simpan di tempat yang selamat dan diketahui bagi memudahkan urusan pasangan bila kita dah tiada.

Sumber: Jay Sf

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen + fifteen =