Ini Sebab Doktor Sangkal Petua Viral Petai Pulihkan Sakit Buah Pinggang

Kecoh di laman sosial tentang amalan mengambil petai mampu membantu memulihkan penyakit buah pinggang. Amalan memakan petai tidak membantu pesakit buah pinggang pulih daripada penyakit kronik itu. Pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah berkata amalan tersebut adalah mengarut.

“Petai hanya menyebabkan kencing berbau, tak akan membantu memulihkan penyakit buah pinggang. Sangat mengarut! Petai tidak boleh pulihkan pesakit kronik,” kata beliau dalam posting di laman Facebooknya.

Dr Rafidah berkata demikian bagi mengulas mengenai rakaman video seorang pesakit yang mendakwa bacaan paras gula darahnya menurun dengan amalan makan petai.

Tidak mahu ia terus meresap dan menjadi kepercayaan masyarakat, pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah tampil menyangkal hal tersebut.

Dia yang menjelaskan hal itu menerusi laman Facebook miliknya berkata amalan tersebut adalah mengarut!

“Mohon jangan percaya entah siapa dalam video itu. Ya Allah, tahan ke hari-hari makan petai sebanyak itu,” ujarnya.

Katanya lagi, tidak mungkin petai mampu memulihkan pesakit kronik, yang ada hanyalah kesan kencing berbau.

“Petai hanya menyebabkan kencing berbau, tak akan membantu memulihkan penyakit buah pinggang. Sangat mengarut! Petai tidak boleh pulihkan pesakit kronik,” katanya lagi.

Dr Rafidah juga berkata petai mengandungi kalium atau potassium yang tidak disyorkan diambil berlebihan oleh pesakit buah pinggang.

“Pesakit dialisis makan petai banyak macam ini? Tahukah anda petai banyak potassium. Dahlah dialisis dikurangkan, makan petai sebanyak itu! Saya gerenti ini rawatan sendiri, bukan dari saranan Pakar Nefrologi,” katanya. – Sumber: FB Dr Rafidah

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan berita tidak benar mengenai khasiat petai yang didakwa mampu mengubati penyakit buah pinggang. “Mohon jangan sebar berita mengarut macam ini. Kawal jari jemari anda,” tegasnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment