Walaupun Mewah & Tahan Lama, Beg Kulit Sebenarnya MANJA! Semak 19 Cara Penjagaannya

Beg kulit tentunya memerlukan penjagaan yang betul dan tepat terutamanya yang anda jarang pakai dan hanya di simpan di dalam almari. Ia penting agar keadaan beg sentiasa tampak cantik dan tahan lebih lama.

Bagi wanita yang memang sukakan pelbagai koleksi beg semestinya memiliki banyak model terkini menjadi idaman mereka. Namun, jangan sampai terabai beg-beg lama anda yang sebenarnya perlukan penjagaan untuk memastikan kualiti beg terjamin dan tidak berbau pelik bila disimpan lama.

Mungkin ia kelihatan remeh namun penjagaan beg kulit perlu mengikut cara betul bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik. Jom kami kongsikan cara betul dan tepat untuk menjaga beg kulit!

19 Tip Menjaga Beg Kulit Anda

1. Lap beg seminggu sekali . Campur sedikit sabun cecair dengan air suam dan guna kain lembap untuk membersihkan kotoran di bahagian luar beg kamu.cara jaga beg kulit, penjagaan beg kulit, cara bersihkan beg kulit, naikkan seri beg kulit, simpan beg kulit, penjagaan betul beg kulit

2. Lap tekstur beg untuk mengelakkan kulitnya daripada rosak.

3. Elakkan daripada menggunakan baby wipes, cuka atau sebarang ‘home remedy’ untuk membersihkan atau menanggalkan kotoran. Kebanyakkan produk ini mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan warna dan mengeringkan kulit beg. Lantas membentuk minyak pada kulit dan medatangkan masalah-masalah lain.

4. ‘Rawat’ beg kamu secepat mungkin bila terkena dakwat. Perkara pertama kamu perlu lakukan adalah bawa beg ke pusat pembersihan profesional. Jika tak, cuba produk penanggal dakwat untuk kulit dan baca arahan penggunaan untuk pastikan beg kamu selamat. Keringkan elok-elok.

5. Jika ada kesan dakwat lama, elakkan daripada menanggalkannya sendiri. Kesan kotoran degil seperti ini perlukan penjagaan profesional.

6. Semasa kamu membeli beg, jangan buang kertas atau kabus di dalamnya. Masukkan semula bila kamu tak menggunakan beg untuk memastikan bentuknya kekal.cara jaga beg kulit, penjagaan beg kulit, cara bersihkan beg kulit, naikkan seri beg kulit, simpan beg kulit, penjagaan betul beg kulit

7. Elakkan daripada menggunakan air pada kesan kotoran berminyak. Kerana ia boleh merosakkan permukaan kulit.

8. Guna agen pembersih kulit profesional pada kesan kotoran degil. Krim jenis ini tak perlu dibilias. Walaupun harganya agak mahal sedikit, tapi hasilnya amat efektif.

9. Pastikan produk pembersih yang dibeli sesuai untuk material secara spesifik. Pembersih kulit biasa tidak efektif pada suede berbanding pembersih spesifik.

10. Pastikan kamu mencuba kaedah pembersihan pada beg lain (yang kamu tak sayang sangat) sebelum mencuba pada beg yang nak dibersihkan.

11. Elakkan daripada memegang beg selepas kamu memakai krim tangan.

cara jaga beg kulit, penjagaan beg kulit, cara bersihkan beg kulit, naikkan seri beg kulit, simpan beg kulit, penjagaan betul beg kulit

12. Jika beg kamu ada dustbag (sarung beg), jangan lupa untuk pakai. Sarung ini bertujuan melindungi beg daripada berhabuk bila tidak digunakan.

13. Jika kamu tidak ada dustbag, gantikan saja sarung bantal!

14. Elakkan daripada menyimpan beg di tempat yang mudah terkena cahaya matahari. Ia boleh menyebabkan kulit cepat rosak dan warna luntur.

15. Elakkan daripada memakai beg tangan warna lembut dengan pakaian gelap. Kerana dikhuatiri, pewarna daripada pakaian boleh terkena pada beg. Dan kotoran ini antara yang tersusah nak dihilangkan.

17. Untuk kesan kotoran degil, cuba pakai pengilat kasut yang sesuai dengan warna beg dan gosok sedikit pada kawasan yang terkena.

18. Jika beg berbau, elakkan daripada menggunakan pewangi berasaskan aerosol kerana ia boleh melunturkan warna serta merosakkan kulit beg.

19. Cara lain untuk mengelakkan bau pada beg adalah letak tin serbuk penaik pada beg (buka penutupnya). Masukkan beg dalam dustbag atau sarung bantal dan biarkan selama 24 jam. Serbuk penaik akan menyerap sebarang bau yang tidak diundang.

Semoga dengan perkongsian cara menjaga beg kulit anda diharap dapat memanjangkan jangka hayat beg anda tu. Kalau tiba-tiba anda terasa nak jual pun beg kulit tu masih ada nilai yang lebih tinggi dengan keadaan yang baik, masih ada kotak atau dustbag. Nak lebih bernilai beli beg kulit mahal-mahal ni kalau boleh resit simpan elok-elok itulah bukti beg kulit anda tu genuine!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × 3 =