Cara-Cara Masak Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Resipi Asli Ibunda - Petua Ibu

Cara-Cara Masak Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Resipi Asli Ibunda

Cara-Cara Masak Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Resipi Asli Ibunda | Lauk singgang sememangnya sinonim dengan orang-orang Pantai Timur. Jika anda biasa makan Ikan Singgang kuah putih, apa kata kali ni cuba Ikan Singgang Terengganu pula. Kuahnya berwarna kuning kerana menggunakan kunyit hidup. Padu boh…

Resipi ini adalah perkongsian dari saudaran Wan LuQman yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba masak singgang ikan tenggiri!

MASAK SINGGANG IKAN TENGGIRI TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan Tenggiri
  • 2 biji kunyit hidup (besar ibu jari boleh tumbuk kasar)
  • Lengkuas (boleh tumbuk kasar)
  • 12 batang cili padi
  • Sedikit biji ketumbar
  • 3 ulas bawang Putih
  • 3 keping asam keping
  • Garam

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.

Singgang Ikan Tenggiri2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.

Singgang Ikan Tenggiri

3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.

Singgang Ikan Tenggiri

4. Angkat dan hidangkan singgang ikan tenggiri bersama nasi putih. Lagi bertambah sedap jika dimakan dengan tempoyak budu, ulam-ulaman dan telur dadar sebagai pelengkap hidangan.

INFO: Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.

Jika anda suka dengan artikel resepi Masak Singgang Ikan Tenggiri ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

BACA JUGA :: Cara Yang Betul Siang Ikan Keli, Kena Buang Darah Beku Barulah Tak Hanyir & Berbau Selepas DiMasak

You might also like
1 Comment
  1. […] Ikan tengiri – dibersihkan dan dipotong […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.