Ibu Sila Buat 7 Cara Ni Time Bersihkan Tandas. Hasilnya Paling Superb!

Mencuci tandas bukan semua orang suka melakukannya. Tambah-tambah lagi jika sudah kotor berlumut akibat jarang dicuci dek kerana tiada waktu. Oleh itu, bagi mengelakkan hal tersebut terjadi, mahu tak mahu setiap ahli keluarga perlu mengambil tanggungjawab untuk membersihkan tandas atau bilik air sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Jadi sebagai ibu yang bijak, seharusnya kita ajar dan praktiskan 7 cara membersihkan tandas kepada anak-anak untuk sama-sama membuatnya. Mudah kerja dan yang penting setiap orang ada rasa tanggungjawab untuk pastikan bilik air atau tandas di rumah sentiasa bersih dan berkilau.

7 TIPS MUDAH BERSIHKAN TANDAS DENGAN CEPAT TANPA MENYENTALcara cuci tandas, tip cuci tandas, teknik cuci tandas, cara cuci tandas yang betul,

1. GUNAKAN AIR SUAM

Isikan baldi berisi air suam dan bilas lantai atau dinding menggunakannya. Juga berkesan jika dicurah pada sinki serta tab mandi dalam bilik air.

2. PEMBASMI KUMAN & AGEN PENCUCI SEMULAJADI

Caranya mudah, campurkan saja kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes. Kemudian, sapukan pes ini pada lantai, dinding, atau mana-mana bahagian tandas. Biarkan selama 15 minit dan selepas itu bilas dengan air bersih. Mudah!

3. MENCUCI CELAH JUBIN

Sekiranya tandas jarang disental atau lama ditinggalkan, lantai dan dinding boleh berkulat. Sesetengah kesan ini sukar ditanggalkan walaupun telah diberus.

Untuk menanggalkannya, cuba campurkan cecair peluntur dengan cuka dalam sebuah botol spray. Kemudian, semburkan dan biar ia mengering (penting) sebelum membilas. Jika kesan masih tidak tertanggal, gunakan baking soda yang dilarutkan dalam sedikit air dan gunakan berus gigi terpakai untuk memberusnya.cara cuci tandas, tip cuci tandas, teknik cuci tandas, cara cuci tandas yang betul,

BACA JUGA: Cara Mudah Hilangkan Kulat Pada Dinding Dengan Air Dan Cuka

4. BABY OIL SEBAGAI PENGILAT PILI

Untuk mencuci kepala pili, anda boleh menggunakan sabun pencuci atau baking soda. Satu tips untuk menjadikannya lebih kilat adalah dengan menyapukan sedikit minyak bayi atau baby oil. Boleh berkilat macam cermin. Cubalah!

5. CARA BERSIHKAN LUBANG TANDAS

Spraykan larutan cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan beberapa minit sebelum menggosoknya. Kalau nak lebih wangi, tambahkan sedikit tea tree oil atau perahan lemon. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, bilas seperti biasa.

6. LEMON & GARAM

Selain cuka, anda juga boleh menggunakan lemon dan garam sebagai agen pencuci yang berkesan. Taburkan garam dan scrubkan bahagian kotoran dengan menggunakan lemon yang dibelah 2.

7. SPAN UNTUK MENCUCI HOS GETAH

Perasankah anda, bahagian dalaman hos getah juga boleh berkulat jika tidak dicuci. Tapi, ia bukan kerja mudah kerana bahagian tersebut amat kecil dan sukar dicapai.

Untuk mencucinya, sumbatkan beberapa keratan span basuh pinggan dan masukkan ke dalam hujung hos. Kemudian, pasangkan air dan biar span tersebut keluar melalui satu hujung lagi.

sumber : Azzieyah Mustapa

BACA JUGA: Cara Mengemas Rumah ‘Emergency’ Apabila Tetiba Tetamu Nak Datang

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment