Senarai Harga Standard Lesen Memandu Tahun 2020 Bagi Individu Yang Baru Nak Mendaftar

Senarai Harga Standard Lesen Memandu Tahun 2020 Bagi Individu Yang Baru Nak Mendaftar | Lesen memandu adalah perkara yang paling penting untuk dimiliki kerena dengan adanya dokumen ini, masyarakat kita bebas untuk memandu ke mana sahaja.

Malah, sekiranya kita melancong ke luar negara, terdapat beberapa negara yang menerima lesen memandu dari Malaysia tanpa perlu memiliki lesen memandu Antarabangsa.

Walau bagaimanapun, kadar bayaran lesen memandu kini nampaknya sudah meningkat jika mahu dibandingkan dengan waktu lalu. Kalau dulu, sewaktu penulis mengambil lesen kereta manual (D) harganya baru sekitar RM600 lebih, namun kini tidak lagi ya.

Terdapat beberapa peraturan baru lesen memandu diperkenalkan. Antaranya setiap institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini bagi tahun 2020, termasuk kereta dan motosikal.

harga standard lesen memandu

BACA JUGA :: Pemandu Manual Jangan Buat Seperti Ini Ketika Memandu

Selain itu juga, khabarnya ujian tanpa penguji akan mula dilaksanakan sebelum hujung tahun ini. Wah, macam best je. Hiks!

Jom kita semak senarai harga standard lesen memandu mengikut kategori:

  • Motosikal (B2) – RM350
  • Kereta Manual (D) – RM1,150
  • Kereta Automatik (DA) – RM1,250

Di Malaysia, individu seawal usia 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc, manakala lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila sudah genap berusia 17 tahun. Untuk lesen E (bas/lori) pula, korang kena tunggu sehingga umur 21 tahun terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, harga standard lesen memandu ini juga terpulang mengikut sekolah memandu dan negeri juga. Jadi, jika korang ingin mengambil lesen memandu, sila semak di sekolah memandu pilihan korang.

BACA JUGA :: Hati-hati Memandu Sendirian Waktu Maghrib, Kalau Dah Bau BERHENTI Dulu

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four + 16 =