Home All Petua Anak Bila Percakapan Anak Kurang Ajar, Guna Cara Ini Hadapi Potty Talk Si...

Bila Percakapan Anak Kurang Ajar, Guna Cara Ini Hadapi Potty Talk Si Kecil

1694
1
Bila Percakapan Anak Kurang Ajar, Guna Cara Ini Hadapi Potty Talk Si Kecil 1

Bila anak kurang ajar, percayalah masyarakat sekeliling memang tidak akan 100% menyalahkan anak ini. Pastinya jari mereka akan menuding kepada ibu bapa atau penjaga.

“Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Bagaimana acuan begitulah kuihnya”

Antara peribahasa yang begitu sinonim dan acap kali digunakan oleh masyarakat kita. Ia cukup membuktikan bahawa setiap ibu bapa itu ibarat pelukis yang begitu penting untuk mencorak sikap dan tingkah laku anak-anak.

Maka, semua ibu bapa perlu menjauhkan mentaliti ambil mudah mahupun perasaan tidak mahu melibatkan diri secara langsung dalam perkembangan sahsiah atau akademik anak-anak kerana merasakan bahawa ia merupakan tugas hakiki seorang guru semata-mata.

Kadangkala sebagai ibu bapa tidak sedar bahawa anak-anak akan mengikuti apa sahaja perilaku yang ditunjukkan termasuk setiap bait perkataan yang keluar dari mulut kita.anak kurang ajar

Bila Anak Kurang Ajar, Puncanya Selalu Berbalik Kepada Ibu Bapa

Anak kurang ajar tak pernah salah ! Malam semalam saya terpaksa tegur isteri supaya jaga mulut bila bercakap dengan anak.

2 hari yang lepas, selepas selesai solat isyak saya dengar rania dah menangis. Bila di tanya kenapa rania menangis. Isteri saya dengan muka berkerut jawab,

“Abg tengok rania dia dah pandai cakap KAU DIAMLAH dekat jaja ( mak ngah rania )”

Saya dengar dan noted. Tengok rania dekat atuk dan nenek, jadi saya biarkan. Nanti kalau dia perlukan saya dia sendiri akan datang mengadu.

Semalam, tepat jam 10.30 malam aisy tiba-tiba bangun dari tidur. Aduh, kelam kabut semua orang bila dia bangun tidur tengah-tengah malam. Orang lain baru nak landing tidur, dia pula bangun.

Dalam kelam kabut isteri cuba tidurkan semula aisy tu rania pun masuk dalam bilik. Aisy tak boleh nampak atau dengar suara rania, comfirm dia akan bangun duduk dan ajak main.

Masuk je rania terus sebut,

“Yeah! Aisy dah bangun”

Isteri dengan spontan cakap pada rania,

“Diamlah!”

Hah, ini la yang saya nak tegur.

Rania ni dia jenis AUDITORY. Maknanya telinga dia sensitif ya amat! Apa sahaja yang dia dengar dia akan ikut. Budak 5 tahun mana la tahu beza “bad word” dan “good word”. Semua dia hentam cakap.

Kalau dengan budak auditory sebaiknya guna “hand sign” kalau nak tegur suruh diam. Cukup sekadar letak jari di mulut. Lama-lama nanti dia faham.

Tak boleh cakap sebarangan, silap haribulan dia akan cakap balik kat kita. Masa ni kita nak berkerut dahi pun tak guna, perkataan tu dah pun melekat kat otak dia.

Semakin kita marah, semakin banyak “bad word” yang keluar.

Tapi sebenarnya budak 4-6 tahun Potty Talk (bahasa kesat) tu normal. Sebab mereka masih lagi dalam proses experimentasi dengan bahasa.

Kalau anak pandai cakap kau diam, bodoh atau giler tu bukan kurang ajar ye tuan puan, tapi tu terlebih belajar namanya..

Ada 3 benda kita boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka Potty Talk supaya gejala negatif ni tak berterusan sehingga dewasa.

1 – Jangan Sentap!

Pertama sekali tak boleh sentap! Anak tu tak ada niat pun sebenarnya. Malah dia tak faham pun apa yang dia cakap. Dia main hentam je, kan anak masih dalam fasa experimentasi bahasa lagi.

Daripada sentap lepas tu marah atau jentik mulut anak baik peluk dan cium dahi dia. Dapat juga pahala sebab sabar dan serotonin meningkat jadi gembira anak beranak.

2 – Bertenang

Bawa bertenang. Bila kita mampu bertenang baru kita mampu untuk kawal mulut supaya tak terkeluar lebih banyak lagi “bad word”.

Dan hanya dalam keadaan tenang sahaja otak kita boleh berfikir secara rasional. Kalau tak memang otak emosi la yang berkuasa. Habis semua sumpah seranah nenek moyang kita semua keluar.

3 – Jangan gelabah atau terkejut

Dan yang terakhir kena buat buat “cool” bila depan anak. Anak cakap bodoh kita senyum, anak cakap giler kita senyum. Barulah anak kita tak cepat mengamuk bila orang mengata dia nanti.

Awas! Sekali anak “detect” potty talk tu beri kesan pada kita, anak akan anggap ia sebagai “powerful word”. Dia akan guna lagi dan lagi powerful word tu untuk hukum kita. Tak mustahil dia akan guna juga dekat kawan-kawan dia nanti.

Rumah ni ibarat makmal untuk anak-anak buat experimen. Apa sahaja yang dia nampak dan belajar dari luar rumah dia akan uji kat dalam rumah.

Mak ayah la selalu jadi mangsa ujikaji anak-anak. Itu sebab mak ayah kena beri hasil yang baik supaya anak-anak tak tersalah belajar.

Ingat! Anak adalah bayangan mak ayah.

Tolong sampaikan juga post ini pada orang lain ye supaya mereka pun dapat ilmu yang bermanfaat ni. Jangan mudah melabel anak kurang ajar jika anda tak habiskan baca artikel ni.

Sumber : Mohd Fhais 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here