Betul Ke Nila Penawar Kepada Beguk? Baca Penjelasan Doktor Ini

Waktu kecil, pasti ada di kalangan kita yang menghidapi beguk iaitu bengkak atau benjolan yang timbul di sekitar pipi mahupun leher. Ketika itu pasti ada di antara ibu bapa kita yang menyapu nila di kawasan berkenaan dan selalunya nila itu dicampur bersama cuka.

Umum sedia mengetahui bahawa masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan adat, petua, pantang larang dan kepercayaan yang di amalkan secara turun-temurun. Khususnya dari aspek kehidupan seharian, segala kepercayaan ini dimanifestasikan melalui teguran dan nasihat dari golongan lebih tua.

Semua ini diperolehi dari pengalaman generasi terdahulu ketika mengalami situasi tertentu. Dan ada diantara petua dan pantang larang tersebut masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Kadangkala petua itu berkesan, tetapi ada juga yang bertentangan dan bercanggah dengan perubatan moden.

Begitu masa berjalan, mula timbul persoalan: Adakah nila ini penawar kepada beguk? Adakah nila berkesan mengubati beguk?

Oleh itu, kami kumpulkan petikan jawapan yang diberikan oleh doktor-doktor bertauliah sebagai huraian kepada kekeliruan ini.

Memahami apa itu beguk

Beguk disebabkan oleh jangkitan virus beguk atau mumps virus yang menjejaskan kelenjar parotid, iaitu sejenis kelenjar terletak di bahagian pipi di bawah dan hadapan kedua-dua belah telinga. Jangkitan virus ini menyebabkan kelenjar parotid bengkak, sama ada melibatkan satu atau kedua-dua kelenjar.

Secara amnya, ia adalah sejenis jangkitan, bukannya kekurangan zat atau mana-mana nutrisi di dalam badan.

Bahaya ke tak beguk ni?

Secara umumnya, tak bahaya, boleh sembuh dengan mudah. Hanya terdapat peratusan kecil risiko komplikasi seperti beguk kronik ( berulang kali kena), beguk yg bernanah. Yang itu takyah la risau. Yang penting kalau kena beguk, cari doktor dulu, bukan gi 7-11 beli nila.
Cuma ada beberapa komplikasi yg perlu di sebut di sini, yg agak biasa juga boleh jadi:

1- Orchitis

Iaitu jangkitan pada testis. Kalau budak lelaki yg dah baligh kena beguk, lebih kurang 25- 33% boleh kena orchitis. Bengkak testis ni terjadi selalunya dlm tempoh 7 ke 10 hari lepas sembuh beguk. Orchitis ni tidak meyebabkan kemandulan ya.Ini pun mitos yg biasa.

2- Meningitis /enchaphalitis

Iaitu jangkitan pada selaput otak. Kalau budak tak baligh kena,especially baby /toddler, ada risiko utk kena meningitis ni.

3- Risiko sekali ganda gugur

Org pregnant kalau kena beguk, baby nya Insya Allah tak akan cacat ( kalau tak gugur), sebab so far takde evidence beguk boleh menyebabkan kecacatan bayi dlm kandungan. Tapi evidence menunjukkan risiko utk gugur tu tinggi.

Beguk tu thyroid ke?

Beguk ni jadi bila kelenjar parotid bengkak sebab jangkitan virus atau bakteria. Kelenjar parotid ialah sebahagian dari sistem kelenjar air liur. Bila bengkak, kita panggil Acute Parotitis. Dipanggil juga Mumps.

Kelenjar thyroid pulak letaknya di kawasan leher,fungsinya utk hasilkan hormon thyroid. Kelenjar thyroid pun boleh membengkak. So, ingat ni, beguk dan thyroid ialah dua benda yg berbeza macam langit & bumi.

Tengok gambar dalam post ini utk faham basic anatomy kat mana parotid gland, kat mana thyroid gland.

Bagaimana seharusnya merawat beguk?

Sebenarnya tak perlu pun letak nila pada kawasan beguk tu. Setakat ni tiada ubat atau rawatan khusus bagi beguk.

Hanya vaksin sahaja cara terbaik untuk menguruskan penyakit ini. Selain itu, apa yang boleh dilakukan adalah mengurangkan simptom yang dialami oleh pesakit. Ini termasuk:

  • Rehat di rumah. Selain menyimpan tenaga, ia juga penting untuk mengelakkan penyakit berjangkit kepada orang lain.
  • Ambil ubat seperti Panadol atau ibuprofen untuk mengurangkan demam dan sakit.
  • Tuam bengkak pada kelenjar parotid dengan air sejuk atau ais.
  • Banyakkan minum air.
  • Makan makanan yang lembut kerana kebiasaannya akan ada masalah untuk menelan.
  • Elakkan makanan pedas dan masam untuk mengurangkan kelenjar parotid daripada bekerja menghasilkan air liur.

Perlu diingat bahawa antibiotik bukanlah sebahagian daripada rawatan bagi jangkitan virus. Oleh itu, jangan ambil sebarang jenis antibiotik untuk penyakit virus termasuk beguk. Sudah lah tidak berkesan, ada kemungkinan mendapat kesan sampingan pula.

Sumber : Hello Doktor & Khairul Faizie

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × three =