Atasi Masalah Rambut Gugur & Kelemumur Dengan Letak Bunga Ni Dalam Syampu

Mesti seramkan setiap kali lepas mandi tengok rambut gugur yang banyak di dalam tandas atau bilik tidur anda. Sebenarnya ada banyak punca anda mengalami masalah keguguran rambut ni antaranya:

Genetik

Masalah keguguran rambut boleh dikaitkan dengan genetik yang dimiliki oleh anda. Tidak kira sama ada ia adalah genetik daripada ibu atau bapa, jika salah seorang atau kedua-duanya dalam keluarga mempunyai masalah keguguran rambut, maka kemungkinan besar anda juga akan hadapi masalah ini.

Usia

Semakin meningkat usia, badan mengalami kekurangan nutrisi untuk membantu penghasilan rambut yang baru dan kuat. Sama ada anda suka ataupun tidak, potensi untuk anda hadapi masalah keguguran rambut adalah tinggi seiring dengan usia.

Diet

Gaya pemakanan juga boleh menjadi punca mengapa anda mengalami masalah rambut gugur. Contohnya, jika anda kerap minum minuman berasaskan kafein, ini akan menyebabkan berlakunya masalah keguguran rambut.

Merokok

Turut menjadi punca mengapa berlakunya masalah rambut gugur. Kenapa merokok boleh buat rambut gugur? Ini kerana ia boleh mengganggu kelancaran darah serta mengurangkan nutrisi yang membantu menghasilkan rambut yang kuat dan sihat.

Hormon

Bagi lelaki, memiliki hormon testosteron pada tahap yang baik adalah sangat penting. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan anda menghadapi masalah rambut gugur. Jadi, pastikan anda mengambil makanan-makanan yang boleh membantu mengekalkan hormon testosteron pada tahap yang baik.

Kaum wanita memang ada saja masalah berkaitan rambut. Paling biasa rambut gugur dan kelemumur.

Macam-macam syampu dan cara yang disarankan untuk atasi masalah ini sering kita baca.

Tapi petua yang dikongsi oleh Najwa Qadah ini rasanya berbeza lain dari yang lain.

Menggunakan petua daripada orang Arab, dia meletakkan beberapa biji bunga cengkih dalam syampu yang digunakan untuk mengatasi masalah rambut yang dialami antaranya masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut gugur.

rambut gugur

Bagi yang nak mencuba, berikut adalah perkongsian Najwa.

Bunga cengkih hilangkan masalah rambut

Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo dan selamat guna. Najwa dah kali kedua guna petua ni, memang puas hati. Alhamdulilah.

Bunga cengkih banyak kegunaannya selain untuk masak. Salah satu Najwa guna untuk hilangkan masalah rambut Najwa yang dah lama alami iaitu:

Petua untuk lebatkan rambut anak juga

Boleh buat untuk mana-mana syampu. Tapi yang ini Najwa beli untuk baby sebab anak-anak pun boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit.

Sebenarnya petua ini untuk lebat kan rambut tapi kesan dia banyak lagi. Najwa tak rasa gatal-gatal lagi bila pakai tudung waktu p4nas macam sekarang. Rambut kering tak dak berminyak rasa kembang fresh gitu, alhamdulilah rambut pun tak gugur berkilo.

Najwa ambik petua ni dari org Arab. Bagi tahu siap-siap sat gi ada orang bising.

Jadi, anda sudah tahu punca yang menyumbang kepada keguguran rambut . Jangan terhantuk baru terngadah, selain mencuba petua diatas jom baca pula langkah-langkah untuk mengurangkan rambut daripada keguguran.

Urutan Kepala

Ketika mencuci, elakkan daripada menggosok kulit kepala dengan terlalu kuat. Sebaliknya, lakukan urutan. Mengurut yang dimaksudkan di sini adalah menekan-nekan kulit kepala dengan lembut, Mengurut membuatkan helai dan akar rambut menjadi lebih kuat selain memberi rasa nyaman dan mengurangkan ketegangan.

Lebihkan Perapi

Guna perapi yang memperkuatkan rambut. Gunakan syampu dahulu kemudian baru perapi kerana syampu akan menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan, manakala perapi mengembalikan kelembutan rambut.

Cuci dengan air dingin

Mencuci rambut dengan air panas merosakkan rambut kerana ia menyebabkan kulit kepala kering dan rambut pecah. Gunakan air dingin untuk mencuci rambut agar minyak semula jadi pada rambut tidak hilang sama sekali. Minyak pada rambut ini berupaya melindungi rambut dan menjadikannya lebih kuat.

Guna minyak rambut bertekstur ringan

Produk rambut jenis wax dan gel membebankan rambut kerana ia menjadikan rambut berat sekaligus memberi kesan pada rambut. Jadi untuk menggayakan rambut anda, guna produk yang bertekstur ringan daripada jenis krim.

Pakai Topi

Pakai topi bagus untuk melindungi kulit kepala daripada sinar ultraviolet yang mengenai rambut dan kulit kepala mengakibatkan rambut lebih mudah gugur. Jadi pakai penutup kepala atau topi ketika berada di terik matahari. Selain itu, elakkan daripada memakainya dengan ketat, agar rambut boleh ‘bernafas’ dengan mudah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

11 + four =